06 September 2009

Jom Exercise!!


Adoi! Penat jugak mengayuh basikal ni...kalau bukan di bulan puasa, dah lama terkam dapur bukak peti ais cari air batu untuk membasahkan tekak. Tapi..bulan puasa..sabar ajelah.... saper suruh cari penyakit! Bukannya apa..dah lama sangat dah tak exercise semenjak selepas bersalinkan Adib. Peluhpun sebenarnya meronta-ronta nak keluar dari badan saya ni ..nak hirup udara segar jugak diapun..So..pagi ni selepas solat subuh, dalam kul 6.30am saya keluar lagi hanya berdua dengan Encik Asben. Pukul 6.30am kat sini harinya dah terang benderang. Matahari jugak mula memancar.


Saya naik basikal dan Encik Asben..naik kasut roda (inline-skate)
menyusuri jalan-jalan kecil di sekitar Moscow... melihat sungai Moscow yang terbentang luas. Ketika summer warga Moscow memang senang dilihat di mana2 bersama sepasang kasut roda mereka kerana terlalu suka dengan musim panas. Maklumlah, ketika musim sejuk pula cuaca di sini tersangatlah sejuk. Sepertimana di negara kita, disini jugak aku dapat melihat orang memancing serta restoren yang berderetan di tepi sungai. Sungainya pula..taklah secomot sesetengah sungai tempat kita, elok terjaga.

Oleh kerana keadaan cuacanya yang berangin kuat...peluh..setitikpun tak keluar. Hai! bila nak kurus? Lemak terperap kat dalam badan...waaa...sedihnya...pukul 9am kami balik. Sampai di rumah, anak2 tengah syok tidur lagi... saya? apalagi..selepas sumbat kain baju ke dalam mesin basuh, sambung tido jugak........

7 ulasan:

uminisadhia berkata...

ish takper ke tggl anak kat umah sendirian....

nurd berkata...

hehehe xcercise tu bagus... tapi kira mung berani tinggal anak3 mung... ke ada org tulung tgk2kan? aku nak anto kakak g tadika dkt ni pon hbs ku angkut semuanya.. hehehe

lailyshakir berkata...

hmm rajinnye la naik beskal..kalo kat mesia gamak2nya naik tak beskal camtu.....kekekekek.

Nor berkata...

Nurd dan Yan,
Akceli..he..he..kami ada pembantu. Anak buah aku yang aku angkut sekali masa nak datang hari tu utk jaga budak2 ni! Umur dia dah 22 thn..sebab tulah kami seronok melepak sana sini...tak yah nak risau2...

Kak Chik,
Kalau kat Mesia...mimpi agaknya baru dapat naik beskal tu! Ahak!

uminisadhia berkata...

ceh.....ngelat.patut ler...biler le yan nak ada maid...hubby kata kalo nak ada maid kena tambah anak dulu....tang tu yang maleh tu he he

nurd berkata...

ooo no wonderlah rileks jer.. kalu itu mcm.. setiap hari kuar rmh pon no hal.. ni kalo x dpt biskut raya byk.. melampaulah tu... hahahaha
btw.. mc zie (norazita mohd nor x-ssn) kim slm pada mung, td aku sembang dgn dia by phone..

Nor berkata...

Eh! itu pasal aku buat kuih raya ini tahun ma! jemputlah makan...nanti ajak mc zie datang raya sekali...he..he..
Kim salam kat dia balik yer!