17 April 2012

Dah kena oncall dah!

Minggu ni saya kena tagging kes2 skop selama 2 minggu. Ahak! malam tadi malam first. Sepatutnya saya kena datang sebab ada emergency kes. Tapiiii.....disebabkan handphone abis bateri, saya tak on telefon. Tak sangka pulak ada kes pagi tadi. Bila saya on jer phone pada pukul 8.am, ambik nak! ada 11 miss call dari tempat kerja. Maknanya terlepas ler saya untuk kes malam tadi.

Untuk makluman, kes-kes skop ni biasanya ada 5 prosedur. Yang pertama dipanggil Colonoscopy, yang kedua OGDS,yang ketiga OGDS + Colonoscopy, yang keempat OGDS+ sigmoidoskopi dan yang kelima Sigmoidoskopi. Untuk hari biasa prosedur ini dijalankan pada hari Rabu dan Jumaat. Tetapi jika ada kes2 emergency seperti bleeding +++, pukul 2 atau 3 atau 4 pagipun kitorang akan dipanggil. Gerun jugak dibuatnya.

Tapi jika kena oncall dengan pakar yang best, semua benda berjalan lancar. Namun..jika oncall dengan pakar yang "laser terlebih" kita akan jadi kelam kabut.

Harap-harap selepas ni takdelah lagi saya terlupa untuk onkan saya punya handphone. Kesian member.

 

Tiada ulasan: