02 April 2011

Malaysia..oh tanahairku!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Berbanyak-banyak syukur kehadrat Allah S.W.T kerana diatas izinNya saya sekeluarga dapat menjejakkan kaki di bumi tercinta ini...meluangkan masa bersama-sama keluarga tercinta.

Terasa cepat sungguh masa itu berlalu pergi. Sudah hampir 2 minggu kami menjelajah dari Utara ke Pantai Timur..dari Pantai Timur kami kembali ke Bangi. Boleh dikatakan kami sekeluarga mengambil peluang untuk mengisi ruang yang terhad dengan sebaik-baiknya. Sebelum kaki berpijak dibumi nan bertuah ini..buku catatan saya sudah terisi dengan turutan dan susunan aktiviti dari hari pertama hingga hari yang keseterusnya kerana setiap hari amat mahal nilainya. Jika sehari terbuang..memang terasa rugi sesangat.

Anak-anak saya begitu teruja dengan bercambahnya ahli keluarga dalam keluarga..dengan kehadiran kazen2..yang tidak dikenali sebelum ini..malah tidak wujud lagi sebelum kami bertolak dulu. Adib begitu teruk digigit nyamuk sehingga terpaksa direfer kepada pakar kulit. Almaklumlah..pertama kali baginya menjejakkan kaki ke sini. Pertukaran cuaca juga turut mempengaruhi kulitnya. Harapan saya semoga semuanya kembali pulih..takut-takut lain pulak jadinya.

Tinggal lagi seminggu untuk saya bersenang lenang dan menghayati apa jua yang menarik disini samada dari segi alam sekitarnya..anak-anak mudanya yang sentiasa up to date dalam bertudung. Baru setahun setengah saya tinggalkan malaysia..sudah banyak jaringan lebuhraya yang terbina...bangunan-bangunan yang mencakar langit. ..kawasan kampung berubah menjadi bandar. Sungguh hebat! pesat sungguh pembangunan di negara kita. Doa saya..semoga pembangunan minda  dari segi rohani dan jasmani anak-anak kita turut membangun seiring dengan pembangunan negara.


InsyaAllah...

p/s : kepada Asid dan penjejak mimpi..sila tinggalkan no telefon korang di email saya. seriputra_13@yahoo.com. ASAP.  

6 ulasan:

zaty luvlianncez berkata...

kak nor!! lma x update rupanya dh da kt msia ea .hehe

welcome back

sebab2 kena bela KUCING

muzhirah berkata...

akak..selamat menjejakkan kaki ke tanahair...semoga menikmati perubahan yg ada dan enjoy!

ummi_ziz berkata...

Oh patutla menyepi..blk Msia rupanya! Bestnyaa..!! enjoy everything there, ok! tk care n smg ank2 Nor cpt sembuh..:)

harleena berkata...

Nor bercuti ke Malaysia ke? Bestnya dapat pulang ke tanahair tercinta.... Enjoy yourself there.

Izan Ishak berkata...

salam singgah kak nor.
yelah masa yg ada haruslah diisi sebaik2nya kan. dapat mengubat rindu pada insan2 yang selama ni jauh di mata~

Nor berkata...

zaty : tenkiu2..

Muzhirah ;perubahan yg ada ni memang menjulingkan mata kita dibuatnya..hehe..

kak harleena : memang best sesangat kak...3 minggu cuti nipun cam terasa pendek sangat waktunya.

kak Izu :tula pasal..sibuk kesana dan kesini sampaikan nak menjenguk blog nipun tak sempat.

Zan ; betul tu.