Selamat pagi teman-teman tersayang...
Walaupun penat tak hilang lagi menaiki flight dari KLIA ke Dubai..dan Dubai ke Moscow ,tapi saya gagahkan juga mata ni agar tidak terus terlena di ulit keletihan yang tidak terkira. Sebetulnya..kepala saya sudah terasa berpusing..ringan semacam..namun tangan ini terasa ingin juga mencoret sesuatu.
Sebelum ini..sudah banyak negara yang saya jelajah bersama keluarga. Dan..diantara banyak2 lapangan terbang yang saya sampai samada untuk transit atau untuk ke negara tersebut, lapangan terbang Dubai ternyata mempunyai keistimewaan tertentu. Saya ni bukannya nak bekempen ke apa...tetapi sekadar untuk menyatakan dan berkongsi sedikit pengalaman dinegara orang.
Jika korang sampai di sana...mungkin korangpun rasa teruja seperti saya apabila melihat lifnya yang begitu besar dan boleh memuatkan kereta apa tu yang digunakan untuk membawa beg2 atau penumpang2 warga emas tu..saya nak sebutpun tak berapa tahu sangat. Bukan kata saya nak menganaktirikan epot KLIA sehingga tiada pujian. Bukan! bagi saya setiap epot tu ada kelebihan masing2...jika KLIA tentu korang dah tahu sebab tempat sendiri kan?
Satu lagi benda yang membuat saya tertarik disini ialah mereka provide stroller. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil seperti saya perkara ini memang amat diperlukan. So..tak payahlah kita bersusah payah mengusung stroller dari rumah kehulu kehilir ..just gunakan stroller yang digunakan oleh pihak airport . Dengan syarat..stroller itu digunakan di dalam kawasan epot sahaja. Time nak check in tu..tinggalkan aje stroller tersebut kat mana2 saja area dalam kawasan epot. Bagus kan?
7 ulasan:
salam winduu kak Nor, mana menghilang kak? blk Malaya ke kak?hehe Airport dubai memang best dah 2 kali ke sana memang terbaik!
Nieza!!! cuti2 malaysia yang!...
salam singgah kak nor...
alahai...izan yg baca pun teruja sama. apalagi kalau dah berada depan mata. mau jakun kejap~
wah best eepot dubai tu...bestnyer k.nor jejalan....
zan: memangpun..melopong mulut kejap dibuatnya.
my aisy : a'ah..lebih2 kalau yg ada anak cam kak nor ni..
seronknya bermastautin di negara orang....banyak perkara baru dpt dipelajari...semoga masih tetap setia dgn negara asal...
salam perantauan...sampai jg blog ni kat Mocow...hahaha.
Catat Ulasan