18 Mac 2015

Tension!!! Bolehkah Berhenti Kerja?


Sehingga hari ini sudah beberapa teman yang sama bidang (kejururawatan) bertanyakan pendapat saya tentang hasrat mereka untuk berhenti kerja kerana kekangan masa bersama anak-anak dan suami. Ada juga yang tidak punya masa untuk menjenguk ibubapa atau ibubapa mertua di kampung kerana jadual kerja yang tidak sama dengan pasangan masing-masing. Mereka dapat cuti, pasangan pula terpaksa bekerja. Ada yang suami bekerja berbulan-bulan dilautan, tiba saat suami dapat cuti..mereka pula terpaksa merayu untuk bercuti dengan ketua masing-masing. Jika cuti mereka tidak diluluskan, si teman pula yang akan dipersalahkan oleh mertua kerana anak merekapun tidak dapat bersama mereka.Saya bukanlah orang yang arif untuk memberi nasihat kepada mereka. Tetapi pengalaman saya sedikit sebanyak dapat membantu mereka berfikir dan terus berfikir samada keputusan mereka adalah tepat atau tidak.

Pertamanya..buatlah solat sunat Isthikarah dulu untuk memohon petunjuk dari yang Maha Kuasa..( saya dulu buat solat sunat tidak lama). Maka jika korang masih belum mendapat jawapan dengan sekali dua kali solat sunat Isthikarah..buatlah berterusan sehingga 40 hari.Mudah-mudahan Allah akan memberi jalan yang terbaik buat kita dalam membuat keputusan.

Yang keduanya..pastikan suami bekerja dengan kerajaan kerana banyak faedah yang korang dapat. Samada dari segi perubatan dan pencennya di kemudian hari (jika umur masih panjang). Jika ke hospital korang akan dikecualikan bayaran-bayaran tertentu. Jika suami bekerja dengan swasta..korang kena berfikir panjang kerana syarikat swasta biasanya mereka tidak stabil dari segi pengurusannya. Kala ekonomi gawat, ada pekerja diberhentikan. Manalah tahu, jika nasib tidak menyebelahi..orang yang diberhentikan adalah suami korang. Jika korang tetap nak berhenti juga, pastikan korang atau suami korang ada pendapatan pasif yang lain yang mampu menampung perbelanjaan korang dan anak-anak di masa akan datang.

Yang ketiga ialah perlu ada simpanan dalam jangka masa panjang. Jika korang nak berhenti..duit dalam bank cukup-cukup makan, baik lupakan hasrat murni korang tu. Bila dah berhenti, mana korang nak cekau duit nak buat perbelanjaan harian. Takkan nak minta duit dengan ibubapa atau ibubapa mertua? Pastu mana nak cari duit belanja yang selalu dan sepatutnya diberikan kepada mereka tiap-tiap bulan? Mana lagi nak cari duit untuk anak-anak beli coklat atau jajan jika bereka berkehendak sekali sekala? Dan mana juga nak cari duit untuk membeli buku latihan atau membayar tuisyen mereka tiap-tiap bulan? Semua itu harus difikir dengan teliti.

So..kepada teman-teman yang ingin berhenti kerja dan tidak tahan dengan kerenah birokrasi..bertahanlah selagi boleh bertahan sehingga cukup perkhidmatan korang. Dan sehingga korang layak dapat duit pencen. Bukannya lama dah waktu itu nak tiba..pejam celi..pejam celik jer. Pekakkan telinga..cubalah ikhlaskan hati dalam perjuangan..insyaAllah..Dia akan permudahkan segalanya untuk korang. Aminnn..

Tiada ulasan: