08 Julai 2013

Tips untuk pesakit gout

post signature   Untuk kali ini saya ingin mengubah sedikit tajuk supaya pembaca-pembaca tersayang yang sudi singgah dapat mencegah penyakit-penyakit zaman millenium yang begitu menakutkan.  Bagi mereka yang sudah ada penyakit tu..bolehlah control secara perlahan-lahan walaupun tidak secara mendadak. Haha..berapa banyak 'yang' daaaa....
  Saya pasti korang dah biasa dengar tentang penyakit Gout. Gout adalah keadaan ketidaknormalan metabolisma purin. Purin merupakan bahan di dalam makanan yang menjadi pembentuk kepada asid urik. Ia merupakan sebatian nitrogen dimana pemecahannya di dalam badan akan menghasilkan asid urik. Biasanya asid urik akan dikeluarkan dari tubuh bersama air kencing. Tetapi bagi pesakit gout ianya dilarutkan di sendi-sendi terutamanya di bahagian kaki.  Penyakit ini memang menyiksakan.   Berdenyut-denyut dan mencucuk-cucuk. Ada sesetengah tu boleh meraung-raung kesakitan. Hilang segala perasaan malu.


 Oklah korang, disini saya sertakan sedikit panduan pemakanan Diet Rendah Purin.


a- Elakkan makanan yang mengandungi tinggi purin
   1. Organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, peparu, buah pinggang, otak dan sebagainya.
   2. Ikan bilis dan ikan sardin di dalam tin.
   3. Pati daging (meat extract).
   4. Kekacang seperti dhal, kacang pin, kacang soya dan hasilnya seperti tauhu, tempe, tauhoo 
       dan air kacang soya.
   5. Sayuran seperti bayam, cauliflower, cendawan, asparagus dan kentang.
   6. Bijirin mil seperti roti whole meal, semua jenama  serta tepung attar.
   7. Minuman seperti teh, kopi, coklat dan koko.

b- Makanan  yang perlu diambil dalam amaun yang kecil
   1. Daging selain disebut di atas
   2. Ayam
   3. Ikan dan makanan laut seperti udang, ketam dan kerang.

c- Makanan yang boleh dimakan
  1- Sayur-sayuran selain diatas
  2- Susu dan hasilnya
  3- Telur
  4- Buah-buahan
  5- Mentega dan lain-lain lemak, manisan serta gula.

  Pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan digalakkan untuk menurunkan berat badan. Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kuranglah pengambilan alkohol kerana ia menggalakkan peningkatan asid urik di dalam darah.
  Berbanyak terima kasih kepada Unit Perkhidmatan Makanan Hospital Kajang di atas panduan yang berguna ini. Ikut yer korang panduan yang berguna niiii....Mencegah lebih baik dari mengubat!



 

Tiada ulasan: