Banyaknya perkara yang berlaku pada saya pada tarikh 17 Julai 2013 ni! Biar saya listkan benda2 yang menakjubkan tersebut.
Pertama...hari ini merupakan hari lahir anak saya yang ke-10. Dah besar dah anak dara saya ni! Tak sangka sungguh yang saya dah ada anak yang semakin remaja...So..saya perlu mempersiapkan diri mental dan fizikal untuk menangani hal2 yang tidak diingini dan belajar menjadi ibu yang berjaya dunia akhirat .Budak2 sekarang ni cepat matangnya..kalau dorang tak dapat apa2 jawapan yang dicari contohnya, ligat ajer komputer di 'on'kan untuk mencari jawapannya. Bukan main lagi ! Saya selalu mengingatkan suami supaya komputer peribadinya hendaklah diletakkan password supaya mereka tidak boleh menggunakannya sesuka hati.
Yang ke-2,pagi tadi bonda tercinta telah selamat menjalani pembedahan mata kerana mengalami masalah katarak. So..pagi2 buta lagi saya telah memandu dengan had laju 120 km perjam untuk sampai ke Hospital Putrajaya. Hahaha..laju tak? Bolehlah kan...sebab naik Myvi,..takdelah terasa bergoyang2 cam bawak viva. Bonda telah masuk ke bilik bedah dalam pukul 10.20 dan kerana ada sedikit masalah..operation selesai dalam pukul 12 tengahari . Kebiasaannya untuk operation mata seperti ini hanya mengambil masa dalam 40 minit saja. Untuk sampai ke tarikh hari ini..macam2 dugaan yang saya tempuhi. Bayangkan bonda saya tidak pernah mengidap penyakit darah tinggi,,tetiba ada darah tinggi..kes di post pone..lepas blood pressure ok..white blood cell (WBC) pulak rendah..tangguh lagi..sehinggalah dapat tarikh hari ini 17 julai 2013.
Yang ke-3, mak mertua, bapa mertua dan adik ipar saya yang pergi memunaikan umrah telah selamat tiba di KLIA pada pukul 1 tengahari tadi. So..rumah riuh rendah dengan suara anak2 dan anak buah berkejar dan bermain sesama mereka. Waktu berbuka jadi seronok kerana adik2 ipar yang stay kat Shah Alam datang berbuka disini.
Yang ke-4 ialah perkara yang paling besar yang terjadi di dalam hidup saya, Sebetulnya saya sendiri tidak menyangka yang saya akan menjadi surirumahtangga sepenuh masa pada umur sekarang. Guest what? Korang2 semua..saya dengan ini mengumumkan bahawa saya telah resign dari bekerja dengan gomen bermula hari ini juga. Tak makan gaji lagi dah. Tak payah nak kena leter teruk2 oleh sister, tak payah nak bermasam-masam muka dengan kawan sekerja dan yang paling penting takperlu nak simpan rasa tak puashati terhadap orang lain. Mungkin ada yang menganggap keputusan saya ini tidak bijak atau tidak rasional dikala pekerjaan sukar diperolehi. Tetapi..saya ada sebab2 peribadi sendiri. Bagi saya rezeki saya untuk berbakti pada masyarakat mungkin setakat itu saja dan mungkin Allah S.W.T ada sesuatu yang lebih baik untuk saya di masa depan. Yang lebih untuk saya mengumpul pahala untuk saham akhirat pula. Mana kita tahu! Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita semua. Sebab itulah semuanya berlaku pada waktu dan tarikh yang sama. Subhanallah!
3 ulasan:
BUKAK TPN KAK TERTI.. NK BINCANG PASAL KAIN TU... URGENT NIIIII
Laaaaa....surprisenyerr perkara yang keempat tu... Anyway congratulations on your decision 'retired from g'ment servant'.. May Allah will grant you the best!
Elena : dah
Teacher Liy: Tq..lama menyepikan diri?:) sihat?
Catat Ulasan