19 Januari 2013

mula lapor diri

post signature15 hb Januari, saya mula melaporkan diri di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Selepas mendengar kata aluan dan nasihat daripada Pengarah JKNS, berbalas senyum dan berpeluk-peluk sikit dengan bekas matron di Hospital yang dulu,saya mula bergerak ke Pejabat Kesihatan Hulu Langat (PKD Hulu Langat) pula untuk mengetahui saya ditempatkan di klinik mana.

Dalam pukul 2pm..keputusan masih tak kunjung tiba sehinggalah pukul 5pm. Keesokan harinya saya dan beberapa teman yang transfer masuk ke Selangor dan adik-adik freshie seramai 12 orang pun kena datang lagi kesini. Sampailah ke penghujung hari ke-2 barulah kami mengetahui tempat posting masing2. Saya tidak mendapat tempat yang diminta kerana klinik tersebut sudah penuh. Mati-mati saya ingatkan saya dapat ke klinik tersebut. Ada kawan saya mengambil keputusan untuk resign dan beralih arah ke Arab Saudi kerana tidak mendapat klinik yang diminta. Kawan saya mempunyai pos basik kebidanan. Disebabkan pos basik tu penting...maka kawan saya ditempatkan di klinik yg sibuk dan agak jauh dari tempat tinggalnya. Kasihan!


Hari ke-3 saya melaporkan diri di tempat bertugas yang baru (walaupun klinik ni kliniuk yg lama). Perasaan saya memang sukar digambarkan. Bercampur baur. Gembira kerana masih dekat dengan rumah saya..tetapi sedih kerana tempat ini serba kekurangan dan pengurusannya agak kelam kabut.Pandai-pandailah saya menyesuaikan diri dengan keadaan.

1 ulasan:

Penjejak Mimpi berkata...

Good luck di tempat baru. Itulah perkara yg menakutkan bg sy kalau ditempatkan ke tmpt baru. Nak kena sesuaikan diri dgn org baru.. dgn suasana baru.. dgn sistem baru.. dgn pengurusan baru.. ahhh! :(