Minggu ini merupakan minggu ke-2 Adam dan Dania bersekolah di Sek.Rendah.BSP. Minggu pertama berlalu dengan penuh rungutan, bebelan dan tidak puashati daripada mereka berdua. Macam-macam keluhan..tetapi kami berdua buat pekak badak ajer..buat tidak faham. Saya yang memang sarat dengan pelbagai benda dalam kepala ni..lagilah buat tidak tahu..tetapi suami saya tu..lain sikit sabarnya. Adalah benda yang dia bagitau pada budak2 berdua tu sampaikan Dania sudah tidak mengeluh lagi..begitu juga Adam..walaupun tak banyak..tapi bolehlah menerima pakai alasan yg diberikan oleh papanya.
Apabila mereka bersekolah diwaktu petang..saya menghantar mereka transit di Madrasatul quran yang berhampiran sekolah. Nak menghantar ke kelas Kafa, memang tidak boleh disebabkan tiada orang yg hendak menguruskan mereka pada waktu tengahari kerana kami suami isteri bekerja di Putrajaya. So di Madrasatul quran tu..memang tempat yg paling sesuai kerana Madrasah tersebut menyediakan perdidikan yg setaraf dgn kelas Kafa dan mereka juga bertanggungjawab mengambil dan menghantar anak2 ke sekolah. Ringanlah sikit kerja kami.
Bagi Adib pula, kami tempatkan dia di Taska yang dulu. Cuma Adib semenjak dua menjak ni macam tidak berapa suka ditempat tersebut. Maklumlah sudah biasa berkepit dgn saya 24 jam..maunya dia berpisah sehari suntuk..Setiap kali menghantar Adib ke taska..pastilah tangisan yang mengiringinya..hmm..hati tabahlah!
Buat masa sekarang, saya sedang berusaha untuk bertukar ke klinik yang berdekatan dengan tempat tinggal saya supaya mudah untuk menguruskan budak2 ni. Nak buat kerjapun hati senang.
Kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Jazakumullah..
2 ulasan:
Salam Nor,
Sabar byk2 ya Nor...kerenah anak2 mmg begitu. Tambahan pula utk menyesuaikan diri dgn situasi, lokasi dan persekitaran yang baru bagi mrk mmg mengambil masa.Akak doakan semoga usaha Nor utk bertukar ke Klinik yang berhampiran dgn rumah akan dimakbulkanNya. Jgn lupa dan jgn jemu utk terus berusaha dan berdoa agar setiap permasalahan akan menemui jalan penyelesaiannya segera.
Situasi kami pula nnt,ntahler... xdpt nak bayangkan....namun begitu kami akan pasrah dan redha dgn ketentuanNya. Semoga DIA memahami kita lebih dr yang kita harapkan!
Nor
Salam, dah blk Msia for good ye..smg Urusan dipermudahkan Allah. Amin
Catat Ulasan