20 Mei 2011

Yang Baik Datangnya Dari Allah Dan Yang Buruk Datangnya Dari Saya Sendiri

Hampir sebulan saya meninggalkan blog ini..mencari-cari hakikat diri yang sebenarnya..Ya benar..semua yang buruk itu datangnya dari saya manusia biasa..seorang hamba Allah yang begitu sedikit amal baiknya berbanding dengan hamba2nya yang lain. 

Sebetulnya kali ini dan mungkin akan datang, ada sedikit perubahan dari segi gaya dan penulisan saya di medan ini. Ada sesuatu yang menarik-narik saya kearah itu. Semasa bercuti di Malaysia baru-baru ini saya sempat menghabiskan membaca buku 'Travelogi Haji' hasil tulisan Profesor Kamil. Sebelum ini..saya tidak pernah mendengar namanya apatah lagi mengetahui beliau adalah seorang yang terkenal.  Saya ingin menjadi seperti  beliau...dari insan biasa kepada insan yang luar biasa . Saya ingin jiwa saya terisi ..dan tidak terasa kosong..lompong..

Buat masa sekarang..saya terasa begitu banyak kelemahan yang terdapat didalam diri saya.  Allah Taala memang memberi setiap kelebihan dan kekurangan didalam setiap diri manusia. Sepertimana yang saya tulis di dalam Fb sebelum ini..cara penerimaan kita yang berbeda menyebabkan makna kekurangan juga akan berbeza. Dan saya tidak ingin kekurangan ini menyebabkan saya rugi.

Saya risau! Dugaan dan cabaran dunia dizaman moden ini membuatkan saya benar2 menjadi seorang ibu yang tidak saya jangka sama sekali saya orangnya. Dedulu..sebelum mempunyai anak, tidak terlintas sedikitpun menjangka kesulitan yang perlu dihadapi oleh seorang ibu dalam mendidik anak2. ...tidak pernah..bagi saya proses mendidik anak kacang sahaja. 

Rupa-rupanya..setelah mempunyai anak, saya mengaku..yang saya silap dalam penilaian tersebut..saya lemah..kekadang saya seperti putus asa... tetapi saya berdosa kerana berputus asa dengan rahmat dan anugerah yang Allah bagi. Ya..anak2 adalah anugerah..tidak elok kiranya untuk saya berputus asa.  Saya harus bersyukur kerana setiap dugaan dan cabaran yang Allah bagi itu bukannya sia2..pahala ganjarannya.

Saya harus kurangkan sikap kurang sabar yang merupakan salah satu kekurangan dan kelemahan saya ketika menghadapi anak2...mesti..atau lebih tepat..WAJIB!..Saya ingin menjadi ibu yang mampu mendidik anak-anaknya sementara berpeluang. Allah sudah memberi ruang dan peluang untuk saya dengan menjadikan saya surirumahtangga sepenuh masa. Saya ingin menjadi ibu yang luarbiasa juga!

... semoga Allah membantu saya dalam proses ini..aminnn..:)..dan sesungguhnya yang terbaik itu milik Allah Taala.

15 ulasan:

Ijah EmoTemo berkata...

sama la dgn ijah , teringin nk berubah ke arah yg lebih baik.

ijah doakan yg terbaik utk akak :)

Nor berkata...

Ijah : terima kasih diatas doamu dik! semoga niat kita dipermudahkan..

rafi berkata...

Bumi mana yg tidak ditimpa hujan, lautan mana yg tidak bergelora dan manusia mana yg tidak melakukan kesalahan kecuali nabi yg sifatnya maksum dan dipelihara oleh Allah...

Sedar akan kesalahan dan cuba memperbaiki kesalahan itu adalah lebih baik daripada seseorang yg merasakan dirinya tidak pernah berbuat silap ....

Jumpa lagi ....

Nor berkata...

terima kasih cikgu diatas dorongan dan semangat yang diberikan...insyaAllah..saya akan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ini dan semalam..

Jumir berkata...

Semoga Nor berjaya ya...

Penjejak Mimpi berkata...

Da name pon manusie; mane de yang tak buat silap. Pe yang penting, kite dibuke kan ati oleh Allah untuk bermuhasabah dan mengakui salah dan silap kite tu dan untuk berubah. Muge Nor berjaye, Insya Allah.

p/s kurang2 Nor dah ade anak2 sbg penyeri rumahtangge daripade orang lain yang masih tidak ade anak walau jenuh berusaha..

~ AppLe BLosSoM ~ berkata...

salam...insyaallah..sama-sama la kita doakan yang terbaik buat diri kita dan keluarga...

ani berkata...

as salam...akak juga dh baca buku tu, mmg best...bila habis satu muka surat
x sabar lg nk kemuka surat seterusnya.Semoga impian anda akan tercapai.Amin.

Tanpa Nama berkata...

pagerank seo optimising backlinks website backlinks

Anuar bin Safian berkata...

Saya ingin perbetulkan Tajuk anda

"Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah atas kelemahan diri saya sendiri" ini kerana kebaikan dan kecelakaan itu atas kuasaNya.

Wallahualam

anuarsafian75@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Hey there! I just want to give you a big thumbs up for your great info you have got here on this post. I'll be coming back to your site for more soon.

[url=http://xrumergeek.com]backlink services[/url]

Tanpa Nama berkata...

You are so cool! I do not believe I've truly read through a single thing like this before. So good to discover somebody with a few genuine thoughts on this topic. Really.. thank you for starting this up. This site is something that's needed on the internet, someone with a bit of originality!

[url=http://truebluepokies4u.com]pokies[/url]

Tanpa Nama berkata...

electronic cigarettes, electronic cigarettes, electronic cigarettes, smokeless cigarettes, e cigarette, e cigarette

Unknown berkata...

Akibat dari perbuatan kita, baik atau buruk nya itu datang dari ALLAH tetapi perbuatan baik itu perintah ALLAH sedangkan perbuatan buruk datang dari kita.

Tanpa Nama berkata...

Aamin..aamin ya rabb. Semoga awak kuat..🌹 don’t be hard on yourself..be gentle. Do your best and let allah do rest…insya allah surrender and believe dengan aturan allah..Semoga awak lebih tenang dalam menghadapi segala ujian ya..Aamin aamin ya rabb