Minggu ni dah masuk minggu ke-2 Adam memulakan persekolahannya di BIS (British International school). Tinggallah aku, Adib dan Siti di rumah. Biasanya pada waktu2 begini..rumah ini akan riuh rendah dengan suara Adam dan bising suaraku menyuruhnya mandi. Apabila dia tiada di rumah..memang lain benar rasanya.
Fikiran akupun asyik berfikir yang bukan2 saja. Macamana dgn Adam di sekolah...? Bolehkah dia menyesuaikan dirinya? Makankah dia bekalan yang aku bekalkan.? Sebelum turun tadi aku dah berpesan...makanan mana yang perlu dimakan terlebih dahulu...kalau tidak diberitahu begitu..maunya dia memakan semua bekalan pada satu masa sahaja. Sedangkan..kelasnya sampai 3.15 pm.Ataupun dia buat2 lupa dan bawa semua bekalan tu balik semula dan makan kat rumah seperti hari ke-2 persekolahannya tempoh hari.
Suhu pagi ni -21. Bajunya dah berlapis2. Aku siap berpesan pada Dania supaya menolong Adam memakai baju sejuknya sewaktu pulang kerana Adam masih belun cekap lagi. Beriya2 kakaknya tu mengiyakan kata-kataku..dalam keadaan macam ni..barulah aku perasan yang Dania amat mengambil berat tentang Adam jika aku tiada ditempat tersebut . Kelakar juga...bila kat rumah..pantang bertemu...bergaduh..hmm..anak2...kekadang membuatkan hatiku beku..kekadang membuatkan hatiku cair dek kerenah mereka...:)
1 ulasan:
oohh adam dah stat sek ke..?? biasalah nor, hati ibu pasti akan risau bila anak yg masih kecil dah start ke sekolah. takutkan dia tak mcm2 hal. mcm akak ni, yg lelaki baru masuk asrama...risau memanjang aje. nasib dekat...boleh lah jengah2 selalu.
Catat Ulasan