Minggu ini merupakan minggu ke-2 Adam dan Dania bersekolah di Sek.Rendah.BSP. Minggu pertama berlalu dengan penuh rungutan, bebelan dan tidak puashati daripada mereka berdua. Macam-macam keluhan..tetapi kami berdua buat pekak badak ajer..buat tidak faham. Saya yang memang sarat dengan pelbagai benda dalam kepala ni..lagilah buat tidak tahu..tetapi suami saya tu..lain sikit sabarnya. Adalah benda yang dia bagitau pada budak2 berdua tu sampaikan Dania sudah tidak mengeluh lagi..begitu juga Adam..walaupun tak banyak..tapi bolehlah menerima pakai alasan yg diberikan oleh papanya.
Apabila mereka bersekolah diwaktu petang..saya menghantar mereka transit di Madrasatul quran yang berhampiran sekolah. Nak menghantar ke kelas Kafa, memang tidak boleh disebabkan tiada orang yg hendak menguruskan mereka pada waktu tengahari kerana kami suami isteri bekerja di Putrajaya. So di Madrasatul quran tu..memang tempat yg paling sesuai kerana Madrasah tersebut menyediakan perdidikan yg setaraf dgn kelas Kafa dan mereka juga bertanggungjawab mengambil dan menghantar anak2 ke sekolah. Ringanlah sikit kerja kami.
Bagi Adib pula, kami tempatkan dia di Taska yang dulu. Cuma Adib semenjak dua menjak ni macam tidak berapa suka ditempat tersebut. Maklumlah sudah biasa berkepit dgn saya 24 jam..maunya dia berpisah sehari suntuk..Setiap kali menghantar Adib ke taska..pastilah tangisan yang mengiringinya..hmm..hati tabahlah!
Buat masa sekarang, saya sedang berusaha untuk bertukar ke klinik yang berdekatan dengan tempat tinggal saya supaya mudah untuk menguruskan budak2 ni. Nak buat kerjapun hati senang.
Kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Jazakumullah..
19 Januari 2012
06 Januari 2012
Begini rupanya
Ini baru permulaan...baru gear pertama selepas menghidupkan enjin..belum masuk gear kedua dan seterusnya.ya! Lelah mula terasa. Semput? Memang..bayangkan...kami sampai ditanahair pada 1 jan 2012. 2 hb..kami dpt merehatkan badan seketika. 3 hb saya dan suami dikehendaki melaporkan diri untuk kembali bertugas di tempat kerja masing2. Rehat masih belum mencukupi..letih menaiki pesawat selama 15 jam masih belum hilang.
Dalam pada itu suami saya terus memecut ke gear yg ke-3. Badan memerlukan rehat yg cukup tapi masa tidak mengizinkan. Benar2 suntuk. Berkejar ke Jabatan pendidikan negeri selangor kemudian bergegas pula ke pejabat pendidikan daerah. Sebelum ini kami menjAngkakan urusan kemasukan anak ke sekolah mengambil masa yg lama berdasarkan kepada cerita orang2 yg berpengalaman sebelum ini. Tetapi alhamdulillah..dalam masa 2 hari suami saya berjaya mendaftarkan anak2 hingga dapat masuk terus kesekolah yang dipilih pada keesokan harinya.
Kedua2 anak saya belajar pada sesi sebelah ptg...pada hari pertama persekolahan kami hanya sempat berjumpa dgn guru kelas anak2 sahaja. Adam dan dania tidak berkesempatan utk berkenalan dgn teman- teman barunya pun kerana kami kesuntukan waktu dan perlu berkejar ke Lapangan terbang Subang untuk menaiki firefly ke kedah pula.
Kami bersyukur kerana telah mengambil keputusan yg betul dgn tidak transit dimana2 negara sebelum balik for good ini. Jika tidak..entahlah! Bagaimana agaknya keletihan yg perlu ditanggung!
Buat masa sekarang inilah realiti kehidupan yg perlu ditempuhi...masih bercuti dan perlu bersedia utk menjalani kehidupan yg normal tapi penuh dgn kesibukan.

04 Januari 2012
Seperti Rusa Masuk Kampung
Sebelum ini saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaannya bila saya menjadi rusa tersebut...tetapi semalam...hari ini dan hari2 yang berikutnya saya dapat merasakan perasaan tersebut. Lost! Seperti saya tidak pernah bekerja di sini. Padahal baru 2 tahun setengah ia ditinggalkan. Pembaharuan dari segi organisasi ,pemodenan dari struktur dalaman tempat kerja saya begitu memeningkan kepala. Pergi sana sesat..pergi sini sesat..bayangkan banyak mana perubahan yang telah wujud sepanjang peninggalan saya yg baru setahun jagung ini.
Pada hari pertama melaporkan diri..saya terkial-kial mencari unit2 tertentu. Perubahannnya begitu drastik. Pergi kebahagian admin..orang yang masih saya kenali hanya tinggal dua tiga orang termasuk CC. Memandangkan CC juga merupakan jiran saya di bandar Seri Putra..maka senanglah sikit saya berurusan direct dengannya berkaitan gaji, sistem SBPA yang baru diperkenalkan serta urusan2 lain. Hanya tinggal sign jer. Alhamdulillah...Allah permudahkan sedikit urusan saya pada bahagian tersebut..
Walaupun saya tahu nama saya still berada di unit yg sama tetapi hati masih berdebar2 menunggu keputusan matron dimana saya akan ditempatkan..manalah tahu kot2 berubah. Dengar cerita staff di ICU dan NICU tidak mencukupi. Adakah saya akan kembali bekerja shift seperti biasa? Dalam hati berdentang-dentung bunyi debaran tetapi saya masih kontrol agar perasaan cemas tidak ketara. Tapi nasib menyebelahi saya sekali lagi kerana masih kekal diwad yang lama dimana saya hanya perlu bekerja dua shift sahaja iaitu shift pertama masuk pukul 7am keluar pukul 4pm dan shift kedua masuk pukul 9am, keluar pukul 6pm. maknanya saya tiada shift malam....
Hari ini merupakan hari ke-3 saya disini. Waktu bekerja masih office hour dalam 2 minggu sebelum masuk ke waktu yang perlu dipatuhi. Esok..saya akan bercuti selama 2 hari untuk kembali ke kampung suami di Kedah...menaiki firefly. Saya berusaha menempatkan diri dalam keadaan yang selesa kerana kawan sejawatan , yang selalu bergurau senda sebelum ke Moscow dulu kini bergelar ketua saya..as a sister..alhamdulillah diatas rezeki yang Allah Taala limpahkan kepada saya dan keluarga setakat ini.
Buat teman2 di Moscow..teruskan perjuangan anda dengan PERWAKILAN. ..jika shopping gzel, kristal or Bohemia tu..ingat-ingatlah pada saya di Putrajaya ni. Moga ketemu lagi.

23 September 2011
Autumn kembali lagi
Autumn kali ini merupakan yang terakhir untuk kami sekeluarga. Biasanya pada musim ini Moscow akan dihiasi dengan warna yang penuh bercahaya..daun-daun akan bertukar kekuningan. Sangat cantik. Permulaan kali ini tidak berapa menyenangkan. Banyak masa dihabiskan dengan membuat aktiviti-aktiviti persatuan. Sehingga kadangkala saya perlu membuat pembahagian masa yang bijak untuk menguruskan hal-hal dirumah. Nasib baik Adam dan Dania bersekolah...manakala Adib saya bawa juga ke tempat berpersatuan.
Minggu ini cuaca agak redup dan.kadangkala diselangseli dengan hujan yang turun renyai2. Bila cuaca begini..matapun mulalah layu. Tapi saya ni jenis yang sukar untuk tidur disiang hari kecuali jika benar2 keadaan yang terpaksa. daripada saya tidur lebih baik saya..mengadap laptop..untung2 dapat juga satu dua cerita yang sempat dibaca. Nasib baik tiada apa2 aktiviti yang harus dihadiri.
Pokok lada yang saya tanam didalam pasu dan watermelon yg saya tanam kat luar rumah, sudah saya angkut masuk rumah. Cuaca kat luar sudah mula sejuk. Suhu kekadang mencecah 12 darjah C seperti tidak mengizinkan pokok2 tersebut untuk bernafas. Tidur malampun sudah mula pakai stokin..kalau tidak ..rasa macam kejang jer otot2.
Oklah selamat berehat buat teman2 di Malaysia dan dimana jua berada..semoga kita mendapat rehat yang secukupnya untuk meneruskan tugas kita dengan penuh bertenaga pada esok hari ya!

01 September 2011
Salam Aidilfitri Dari Moscow
Hari ini merupakan hari ke-3( diMoscow) dan mungkin merupakan hari ke-4( di Malaysia) kita umat islam menyambut hari raya aidilfitri. Rasanya belum terlambat bagi saya untuk mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf..zahir dan batin kepada sanak saudara, ipar- duai, teman-teman dialam nyata mahupun di alam siber ini jika saya pernah terkasar bahasa atau tersilap bicara.
Setelah hampir 4 bulan saya menyepikan diri dari dunia blogging kerana kesibukan melayan anak-anak yang sudah bermula cuti sekolahnya pada bulan Jun..ditambah pula dengan bermulanya Ramadhan dimana banyak aktiviti-aktiviti sampingan di tempat kerja encik husband setiap 3 kali seminggu.
Disaat ini saya berada di Oslo yang merupakan ibu negara Norway bercuti bersama-sama keluarga. Disebabkan hotel kami tinggal ini menyediakan perkhidmatan Wi-fi secara percuma kepada pelanggan, saya mengambil kesempatan untuk mengupdate blog untuk menghilangkan rindu pada teman- teman. Walaupun jam waktu di sini baru pukul 9.51 malam, anak-anak saya sudah lama dibuai mimpi. Penat barangkali.
Oh ya! Sebetulnya saya ingin bercerita serba sedikit tentang sambutan hari raya di Moscow pada tahun.walaupun jumlah yang hadir tidak seramai seperti tahun sebelumnya..namun ianya tetap meriah.
Takbir raya
Sepertimana di negara kita..disini juga takbir raya turut berkumandang memecah kesunyian bangunan kedutaan Malaysia di Moscow Rusia ini selepas majlis berbuka puasa dan sembahyang maghrib secara berjemaah selesai. Ianya dihadiri oleh pegawai2 yang bertugas di kedutaan bersama keluarga masing2.
Bunga Api dan Mercun
Jika sebut pasal raya tak sah kalau tidak ada bunga api ataupun mercun. Tu yang kita selalu dengar ada jer kanak2 mahupun orang dewasa yang masuk hospital gara2 bahan2 tersebut. Disini walaupun kami selalu melihat percikan bunga api di Lenin Hill mahupun diruang udara sekitar Moscow..namun ianya tidaklah sehebat perasaan gembira melihat anak2 kegirangan bermain bunga beramai- ramai pada malam raya tersebut di perkarangan kedutaan. Yang kelakarnya Mak2 pun
turut excited sama..maklumlah dah lama jumpa bunga api.
Kuih Raya
Yang ni paling tak percaya ni. Rasanya kali ini juga buat pertama kalinya semenjak saya beraya di Moscow yang merupakan kali-3 saya beraya disini..ehem..pening dgn ayat ni..ok..begini..ini merupakan kali ke-3 saya beraya di moscow dan raya pada kali ini merupakan raya yang paling best sebab terdapat banyak sangat kuih raya sama seperti jalan TAR. Serius...saya sendiri bersemangat membuat kuih raya sampai 9 jenis termasuk 'mama carries' yang tak pernah saya mimpipun saya akan membuat biskut tersebut. Almaklumlah..saya ni tak rajin dalam bab kuih- muih seperti berikut. Tapi kali ini saya betul2 menjadi seorang pelukis..berupaya menghasilkan sendiri kuih mengikut olahan sendiri dgn jayanya tanpa dibakul sampahkan seperti sebelumnya. Kenapa saya kata saya diri saya pelukis sebab saya berjaya melukis dgn betul mengikut resepi bentuk2 hati dibiskut 'mama carries' mahupun di biskut2 lain yg saya hasilkan dgn cemerlang..hehe..masuk bakul angkat sendirilah ni..tapi saya puashati...
Menu hari Raya
Menu raya kali ini ialah nasi minyak, ayam masak merah, acar, jelatah, papadom, soto, sate, lontong, nasi impit dan kuah kacang. Semuanya di masak oleh kaum- kaum ibu kecuali sate dibantu oleh para husband.
Acara bergambar
Acara bergambar merupakan salah satu acara wajib juga pada hari raya. Bergambar bersama Dato dan Datin, kawan- kawan, geng2 baju yg kaler sama ( cam budak2 kan? ) tapi yg ni la best...bersama family masing2.
Untuk anda yang menonton jejak rasul di tv3 setiap petang mesti dapat melihat serba sedikit gambaran sambutan hari raya disini. Untuk rakan2 yg mengenali..tentu mencari2 kelibat keluarga kami di situ kan? Untuk makluman..ketika tv3 membuat penggambaran jejak rasul di Moscow pada bulan Mei lepas..saya dan family balik bercuti di Malaysia.
Oklah..setakat ini sajalah dulu sambutan raya kali ini..jika ada ruang dan peluang, insyaAllah kita akan bertemu lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)