06 Januari 2012

Begini rupanya

Ini baru permulaan...baru gear pertama selepas menghidupkan enjin..belum masuk gear kedua dan seterusnya.ya! Lelah mula terasa. Semput? Memang..bayangkan...kami sampai ditanahair pada 1 jan 2012. 2 hb..kami dpt merehatkan badan seketika. 3 hb saya dan suami dikehendaki melaporkan diri untuk kembali bertugas di tempat kerja masing2. Rehat masih belum mencukupi..letih menaiki pesawat selama 15 jam masih belum hilang.

Dalam pada itu suami saya terus memecut ke gear yg ke-3. Badan memerlukan rehat yg cukup tapi masa tidak mengizinkan. Benar2 suntuk. Berkejar ke Jabatan pendidikan negeri selangor kemudian bergegas pula ke pejabat pendidikan daerah. Sebelum ini kami menjAngkakan urusan kemasukan anak ke sekolah mengambil masa yg lama berdasarkan kepada cerita orang2 yg berpengalaman sebelum ini. Tetapi alhamdulillah..dalam masa 2 hari suami saya berjaya mendaftarkan anak2 hingga dapat masuk terus kesekolah yang dipilih pada keesokan harinya.

Kedua2 anak saya belajar pada sesi sebelah ptg...pada hari pertama persekolahan kami hanya sempat berjumpa dgn guru kelas anak2 sahaja. Adam dan dania tidak berkesempatan utk berkenalan dgn teman- teman barunya pun kerana kami kesuntukan waktu dan perlu berkejar ke Lapangan terbang Subang untuk menaiki firefly ke kedah pula.

Kami bersyukur kerana telah mengambil keputusan yg betul dgn tidak transit dimana2 negara sebelum balik for good ini. Jika tidak..entahlah! Bagaimana agaknya keletihan yg perlu ditanggung!

Buat masa sekarang inilah realiti kehidupan yg perlu ditempuhi...masih bercuti dan perlu bersedia utk menjalani kehidupan yg normal tapi penuh dgn kesibukan.

2 ulasan:

Laily Wahab berkata...

Salam Nor, selamat bertugas kembali.. semoga segalanya akan kembali normal seperti dulu-dulu. Teruskan sikap dedikasi anda walau dalam apa jua cabaran hidup dan di mana sahaja berada. Jangan lupa kami di Moscow ini. InsyaAllah pertengahan tahun nanti kami bakal menyusul untuk kembali meneruskan perjuangan hidup di tanah air sendiri! Salam ukhwah dari kami sekeluarga.

Nor berkata...

salam Kak laily..thanks ya for everything......sampaikan salam utk untuk semua....wassalam..