06 July 2008

Zaman dah berubah

Setiap pagi rumah ini selalu bising dengan suaraku mengejutkan Dania dan Adam bangun dari tidur. Nak kemana? Kemana lagi kesekolahlah. Pukul 6.30am diorang berdua dah kena mandi. 7.15am..aku dah kena keluar dari rumah. Lambat sikit saja dari waktu tersebut, timing dah lari. Punch card tentu bertukar warna. Nasib lea...Kekadang aku jadi kesian dengan anak-anak. Patutnya time begini, time untuk tidur lagi.

Terkenang aku di waktu dulu. Bukan masa Jepun memerintah Tanah melayu.Kah..kah..buat lawak plak. Time tu aku takde lagi. Tapi ni waktu zaman aku muda2 dulu, baya2 Dania. Oi! dunia terasa Ana yang punyalah. Apa taknya..aku berpeluang meneroka alam kanak2 seluas-luasnya. Mandi sungai, terjun cam budak lelaki..main gayut2 cam tarzan kat pokok belakang rumah, main lompat getah sampai lepas kepala, main congkak ngan biji getah, pergi pancing ikan, pergi tangguk udang kat paya2. Pendekata kat kampung dulu aku memang nakal walaupun aku ni pompuan. Selalu aje kena bedal ngan pokok liar tepi jalan oleh arwah ayah. Tapi yang herannya..aku ni jenis tak reti serik. Hari ni kena bedal, kena kejar pusing2 rumah, esok buat lagi. Nakal bukan?
Tak pernah terfikirpun di saat itu nak mengenal apa itu A,B atau C.

Tapi sekarang ni..dunia dah berubah, manusia semakin maju. Jika kita tidak mengejarnya..kita akan ketinggalan. Itulah..anak2 kecil menjadi mangsa. Mangsa keadaankah mereka? Entahlah...walau macamana sekalipun peluang untuk bersaing harus diambil kira dari sudut yang positif. Betul tak?

No comments: