07 February 2013

Kaunselorkah saya?


post signatureEh! Sudah bertukar jawatan ke saya sekarang? Semenjak transfer ke tempat baru saya terpaksa dan dipaksa menjadi tempat mengadu bagi pesakit saya. Sebenarnya bidang ini hanya memerlukan kepakaran mengangguk dan tersenyum saja. Bagi pesakit hipertensi atau yang mengalami darah tinggi mereka akan berkongsi dengan jururawat atau doktor tanpa kita sempat menyoal atau bertanya kenapa tekanan darah mereka naik. Salah satu sebabnya...mereka juga manuasia biasa. Sifat mereka seperti kanak2 yang memerlukan perhatian dan tidak suka dibebel dan dimarahi.

Bagi saya pesakit darah tinggi mahupun yang ada diabetik adalah sama. Apa saja masalah mereka akan sanggup dikongsi dengan orang yang merawatnya. Kemahiran dan skil kita dalam teknik mendengar adalah penting. Walaupun dalam hati...merungut2..kepenatan...terpaksa melayan empat puluh kepala dengan empat puluh cerita dalam versi yang berbeza setiap hari. Adakalanya lebih. Walau educated manapun pesakit tersebut mereka tetap sanggup berkongsi dan mengadu kepada orang suka mendengar.

Tapi awas! korang jangan pula lebih-lebih dalam melayan pesakit. Dengar dan jangan banyak menyampuk. Angguk mana yang perlu dan jangan menambah apa yang tidak perlu. Oleh kerana tempat kerja saya terletak di  kawasan yang agak elit dan ada juga dari kawasan kampung, maka pesakit yang datang  juga tentulah terdiri dari pelbagai golongan dari kelas bawahan sampailah ke kelas atasan. Kebanyakan mereka bekerja sebagai pensyarah dan engineer. Tidak kurangnya mereka yang bekerja sendiri. Dan ada juga pesara2 yangmana kita perlu banyak bersabar dengan kerenah mereka yang agak cerewet.

Jika ditempat lama, kemahiran dalam mengendalikan komputer kena excellant. Datang kerja..komputer yang kena handle dulu. Boleh dikatakan, waktu mengadap komputer lebih banyak dari mengadap pesakit. Betul tak kawan2 disana? Tapi bila bekerja disini...di tempat yang paling sibuk di dalam salah satu klinik dibawah Pejabat Kesihatan Hulu Langat, kemahiran berkomunikasi adalah sangat penting kerana saya perlu berhadapan dengan patient non stop dari pukul lapan pagi sehingga satu tengahari dan dari pukul dua petang sehinggalah pukul lima petang.

Tapi yang paling syok, pesakit akan mendengar apa jua cadangan dan saranan kita  yang berkaitan dengan penyakit  mereka. Oleh itu..saya kena galakkan diri sendiri untuk lebih banyak membaca supaya nasihat yang diberikan relevan dan berasas!