27 Januari 2015

Bila Anak Gadis Datang Bulan, Apa Reaksi Anda?




Langkah-langkah yang perlu diambil

~ Kita sebagai ibu harus mengucapkan tahniah sebab dia dah boleh jadi kawan kita kerana dah cukup umur.
~ Tenangkan perasaan mereka dan terangkan bagaimana proses haid terjadi...supaya mereka tidak fikir itu adalah penyakit.
~ Belikan pakaian dalam yang sesuai mengikut kesesuaian badannya.
~ Tunjukkan cara penggunaan pad yang betul, kekerapan dan cara pembuangannya.
~ Beritahu tentang etika pemakaian seharian yang betul..contohnya wajib menutup aurat kepada kaum ajnabi sebab mulai saat datangnya period..dosa mula tertanggung diatas bahu sendiri.
~ Beritahu juga tentang kewajipan solat 5 waktu.
~ Beritahu tentang batas-batas pergaulan dengan kawan-kawan lelaki semasa di sekolah

Apa yang anda perlu tahu, anak-anak gadis yang sudah mula period, hormonnya lain. Pemikiran mereka cepat matang. Maksud saya..kalau bab-bab cinta dan perasaan suka pada kaum yang berlawanan mulai tumbuh. Mereka mula menuju kealam remaja. Tahap inilah..peranan kita amat penting. Harus berfikiran terbuka dan tidak cepat melenting bila anak bercerita tentang teman-teman lelaki disekolah mereka. Pada mulanya saya memang hangin mendengar cerita cintan-cintun ni sebab zaman kita dulu mana ada kisah cinta sewaktu di sekolah rendah. Tetapi encik suami seorang yang amat penyabar dan memahami. Suka melayan anak-anak bercerita. Lama -kelamaan saya boleh mengikut versi suami. Mendengar dengan tenang tatkala anak-anak bercerita. Menerima setiap apa yang berlaku disekolah dengan penuh minat. Pada pendapat kami, lebih baik dia bercerita pot-pet-pot-pet daripada merahsiakan apa yang berlaku di dalam kehidupannya setiap hari.

Sekarang dia sudah berumur 12 tahun. Tahun ini merupakan tahun penting sebab adanya peperiksaan besar seperti UPSR menanti. So lepas ni..saya perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan perasaan anak ini yang semakin ke depan.





Tiada ulasan: