31 Ogos 2009

Salam Kemerdekaan...

"Merdeka! Merdeka! Merdeka" aku pasti laungan itu bergema di Dataran Merdeka seperti tahun-tahun sebelumnya. Bertambahlah sehari cuti umum bagi kawan-kawan yang bekerja. Pada hari cuti sebeginilah..ibubapa berpeluang membawa anak-anak berjalan-jalan ke shopping complex, bermain di taman tema dan mandi-manda atau membawa anak-anak ke zoo negara, dan juga ke tempat2 percutian yang lain. Mungkin juga semalam..adalah hari terakhir bercuti selepas menghabiskan masa bersama orang tua atau family tercinta.

Bagi kami..kemeriahannya tidaklah terasa seperti di negara sendiri. Hari merdeka hanya kami yang bercuti sedangkan masyarakat di sini bekerja seperti biasa. Apalagi...cuti umum ini aku dan family mempunyai agenda tersendiri bersama dengan jiran (bukan jiran Jerman). Kami keluar bershopping di pasaraya yang berdekatan dengan tempat tinggal kami. Dikenali dengan nama 'kedai orange' (di kalangan kami org Malaysia) kerana warna bangunan keseluruhannya berwarna orange, perjalanan ke sana hanya mengambil masa 15-20 min sahaja dengan berjalan kaki.


Kami menghabiskan masa hampir 6 jam hanya di satu kedai (warehouse) sukan, memborong kasut secara besar-besaran! Setiap orang dapatlah sepasang dua. Orang kata sambil menyelam minum air. Mulanya aku bercadang nak membeli kasut Dania sahaja memandangkan esok dia akan mula bersekolah. Tapi..kasut kat situ kiut-miut. Apalagi..aku, Adam dan Papanya turut membeli sama. Lagipun, winter dah tak lama lagi... maka akupun capailah kasut winter di samping kasut untuk bersantai.

Balik dari shopping rasa cam bersemangat sikit nak masuk dapur hari ni. Agaknya kerana terkena angin Merdeka kot. Aku turun dapur dan menyiapkan nasi ayam dan sedikit Puding Roti Marble yang diambil resepinya dari Hanamemories. Thanks Hana! menjadi resepi tu..

Semoga merdeka tahun ini aku dapat memerdekakan diriku daripada perasaan malas untuk masuk ke dapur. Selamat Hari Merdeka untuk diriku dan negaraku!!

29 Ogos 2009

Lepas geram!


Petang semalam...selepas masak siap-siap hidangan untuk berbuka serba sedikit, saya anak beranak keluar ambik angin petang dan berjalan melalui Stasovoy Street. Kat sini disebut Ulitsa Stasovoy. Ulitsa tu maknanya jalan. Kunun-kununnya nak cari kedai Mother Care untuk cari serba sedikit baju baby Adib bagi persediaan winter nanti. Inilah first time saya keluar bersama baby Adib.Encik asben menolak stroller. Manakala Adam dan Dania macam biasa berjalan sambil bergaduh nak naik skuter tu! Jalan punya jalan..tak nampak batang hidungpun perkataan "Mother Care" tu.


Oleh kerana jam dah 8pm...waktu berbuka lak pukul 8.42pm..saya dan kuncu-kuncu berpatah balik dengan perasaan kecewanya. Itulah redah punya pasal....

Tapi..saya puashati kerana dapat jugak mengambil angin luar setelah lama kat dalam rumah! Segarrr rasanya....dan dapatlah snap gambar sekeping dua.

28 Ogos 2009

Teknik memujuk

Dalam dua tiga menjak ni hati aku bagai digeletek2 dengan tingkahlaku anak2.? Sebenor-benornya aku dok perhatikan tingkahlaku Adam dan Dania ketika menjaga si Adib. Mana taknya..setiap dari mereka ada cara yang tersendiri untuk menghentikan tangisan si adik tatkala sikecil itu menangis.Jikalau aku hendak membuat kerja2 rumah dan meminta mereka menjaga Adib mereka akan mengikut dengan sukahatinya.

Dania..
.

"Saaaayangggggggg ! kak Long ni. Kenapa nangisssss," itu cara Dania dengan lenggok suaranya yang ala-ala wayang kulit sebab lenggoknya yang panjang tu sambil mengusap-ngusap kepala si kecil. Itu dah berjaya kiranya kalau dari segi untuk menjadi seorang 'Kak Long'.

Adam pulak.
....

"Abang Ngah datang!" atau kadangkala dia kata "Adam datang!" sambil melompat-lompat disisi si-Adib. Pastu dia akan buat macam cerita Power Rangers ke iCarly ke dengan suara-suaranya sekali dok hip-hap2...pastu "iyahhhhh..." sambil tangannya menghala ke badan Adib. Konon-kononya dia gunakan power ler untuk hentikan tangisan Adib. Kalau si Adib berhenti menangis dia kata dia terror..padahal Adib terkejut atau tergamam agaknya melihat aksi si-abang. Hai anak-anak!

27 Ogos 2009

Jiran Jermanku

Aduh! Pening kepalaku dengan jiran Jerman ku yang sorang ni. Tak abis-abis dengan komplennya sana sini. Begitu jugak dengan anak2 yang tengah galak bermain. Hari ke-2 aku berpindah ke rumah ini dari service apartment si-Jerman ni siap datang bertandang dengan sopannya.Ingatkan datang sesaja. Rupanya datang untuk complain. Itu kali pertama. Memakai seluar pendek paras paha dan masuk ke rumah dengan memakai kasut. Aku juga dengan sopan-santunnya jugak..he..he..menyuruh dia menanggalkan kasutnya yang cantik itu.

Hari ni datang lagi komplen yang mengatakan bunyi bising suara budak2 bermain di waktu malam dari rumah kamilah, bunyi suara budak menjeritlah, budak berlari serta bunyi kerusi dijatuhkan.
Aku yang tak gheti jaga anak atau minah tu yang tak betul . Kalau yapun, takkanlah..aku yang garang ni tak buat apa2 jika anak2 bermain gila2 seperti itu. Entah2 hantu. Mana dia tahu?

Seingat aku..si Adam dan Dania tu kalau bermain selepas pukul 10 pun..hanya lego sahaja. Cantum sana..cantum sini..tak jadi campak dalam bakul, ambik yang lain pulak. Takkan itupun bising sampai menggegarkan kepala otak dia. Dia mana tahu tentang perangai budak2 sebab dia tak ada anak. Hidup sepasang ngan suaminya saja. Lagi pulak dia tinggal di tingkat atas bukan di tingkat bawah! heran!heran! Semenjak kami pindah ni..macam kami jea yang punca semuanya.


Alih2 si Adam dan si Dania diberi peraturan baru. Selepas sembahyang isyak dan mengaji al-Quran, pukul 10pm dah kena tido. Tak boleh main lego lagi dan tak boleh jalan kuat2 bila naik tangga untuk ketingkat atas, serta tak boleh bercakap banyak! haiyaaa...anak-anakku menjadi mangsa..Dania juga tidak dibenarkan menyanyi dalam bilik air ketika mandi samada siang atau malam. Hidup kami jadi tak seronok dek jiran baruku yang psyco itu. Huh!

25 Ogos 2009

Pose oh Pose!

Pejam celik, pejam celik hari ni dah masuk hari ke-5 kami berpuasa. Kita orang dewasa ni tak kisahlah sahur pukul berapa...berbuka pukul berapa. Tetapi budak2 yang baru nak belajar berpuasa, tentu akan merasa penat semacam .Ditambah lagi dengan waktu yang panjang begini.
Di Moscow ni waktu Subuh adalah 5.15am manakala waktu berbuka pulak 8.42 pm. Rasanya lewat sejam lebih kot dari Malaysia.

Aku sebetulnya bangga ngan anak daraku (6 thn ) yang masih bertahan untuk berpuasa hingga kehari ini.
Hari pertama sahur dia bangun dengan penuh semangat. Sekali kejut dah bangun. Hari ke-2 dan hari2 seterusnya..aduh! jenuh meragam. Tak bagi puasa nak puasa. Kalau tak kejutkan sahur, nanti pagi...menangis sakan cam kena pukul plak. Alih2 papanya yang dukung kebilik air untuk membasuh mukanya..dukung kemeja makan. Kalau time tu mood dah elok..dia akan makan sendiri. Kalau datang angin pus-pusnya...papanya jugak yang kena suapkan. Aku ni malas nak manjakan sangat!

Lepas sembahyang subuh berjemaah...dia bukannya nak tido...tapi dok mengadap notebook. Dok main game iCarly kegemarannya. Satu lagi...bagusnya bila dia berpuasa..sembahyang 5 waktu akan lengkap dia tunaikan. Dulu selalu jugak dia tuang. Tapi bila diberitahu...kalau puasa tapi tak sembahyang..ibarat macam tak puasa jer...terus dia tak tinggalkan solat tu. Sayang katanya.

Tapi...dalam dia dok puasa pun aku masih berleter. Bukannya apa. Kawan melompat..dia melompat. kawan menjerit dia menjerit. Aku bimbang kalau dia kepenatan. Alih2 bila penat, buat perangai. Suruh berbuka tak naknya. Kat sini rasa haus tak terasa sangat sebab cuacanya selalu mendung dan adakalanya hujan. Walaupun musim "summer" tapi..tak terasa panasnya.

22 Ogos 2009

Tugasan pertama

Hah! kena masak untuk majlis berbuka puasa di Embassy pada hari ni? (Sabtu hari ke-2)
Mana aku pandai bab masak-memasak ni! Kalau setakat nak makan mulut kami empat beranak ni bolehlah. Tapi..hari ni aku kena masak 4kg udang masak merah. Entah jadi entah tidak masak merahnya. Entah2 bertukar jadi warna lain plak kot. Kalau masak sikit2 kira boleh lagi. Ini...Aduhai! 4kg.

Pertama kali dalam hidup aku masak udang sebanyak tu. Papanya kata itu masakan yang paling mudah untuk aku buat sedangkan orang lain kena buat lagi resepi yang susah. Kalau disuruhnya aku untuk masak kuih..alamak..kena cari orang lain untuk diupah nanti. Bukan aku tak rajin tapi..setiap kali aku buat kuih, tak pernah nak menjadi. Alih2...tong sampah jugak yang buncit perut akibat kekenyangan kuih gagalku.

Tapi..takpe..aku cuba. Pukul 3pm aku blend bawang dan segala jenis bahan yang aku nak gunakan dalam masakan. Anak yang sulung ikut papanya keluar, yang ke-2 sedang layan kartun di channel kegemarannya..sekejap Jetix sekejap Cartoon Network, manakala si kecil sedang nyenyak tido. Mengantuk barangkali sebab berjaga malam tadi. Senanglah sikit aku nak buat kerja.

Ting tang, ting tang..Pukul 6pm, semuanya sudah siap. Tak tahulah bagaimana rasanya Udang Masak Merahku. Pukul 6 lebih Papanya balik dan aku dengan bangganya memeperkenalkan hasil masakanku. Udang masak merah ke udang gulai? Aduh! geram jugak rasanya. Penat2 aku masak, itu yang ditanya. Suka hatilah labu! Janji masakan dah siap...he..he..

Tapi yang sedehnya..lepas pukul 7pm semua orang berbuka di Embassy tinggal aku ditemani baby berbuka dirumah dengan kek pemberian Ilham dan ayam ala KFC pemberian Yan (sodap.. .terima kasih). Huwaa....tak aci! Nak pi jugak....

Teruja

Ramadhan kali ini kami berada di perantauan nun jauh beribu batu dari family dan sanak saudara tercinta. Seronokkah berbuka tanpa tepung pelita, nasi kerabu atau nasi dagang ? Jangan ditanya...Terbayang dimata kesedapan ikan percik dan popia basah yang dijual di bazar Ramadhan Bandar Seri Putra. Juga kemeriahan time berbuka. Wah! ini dugaan bagiku. Nak buat semua kuih tu..bahannya tak ada sangat .Kalau takpun..aku tak berapa pandai.

Nak cari ikan selayang, ikan tongkol kat sini? Mana ada! Yang ada ikan macheral. Rasanya hanyir semacam. Tapi..kalau nak buat nasi dagang..bolehlah tahan. Kena rebus dulu dengan asam keping banyak2. Cuci bersih2 dengan air asam jawa sebelum merebusnya.

Internet sangat berguna bagiku untuk mencari resepi. Hari ni nak masak apa? Hah! on aje pc tu. Taip ajer jenis masakan. Tup..tup..jadilah chef sendiri. Sedap tak sedap masakanku belakang kira, suami dan anak-anak jadi penguji rasa. Telan semua apa yang aku masak. Kalau sedap, buat lagi..kalau rasanya lain macemmm saja..goodbyelah resepi. Nak salahkan resepi..padahalnya aku yang tak gheti. Ha..ha...

Ramadhan telah tiba


Ramadhan datang lagi pada tahun ini! Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua dan selamat berpuasa..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

17 Ogos 2009

Kakak mithali


Ni time mengaji Al-Quran sementara menanti tibanya waktu sembahyang maghrib. Dekat sini maghribnya lambat dalam pukul 10 pm. Asar pukul 6pm. Bagi orang yang macam aku ni..kekadang terlajak sampai pukul 8pm, baru nak sembahyang Asar ( jangan ikut perangai cam aku ni, kurang pahala) tu yang terus aku mintak depa berdua mengaji terus. Kunun-kununnya dialah kakak yang paling baik. Padahal time anginnya...time orang suruh dia ajarkan si Adam mengaji...mahu saja diketuk-ketuk kepalanya Adam. Tapi baiknya...memang baik giler. Kalah aku yang kadangkala boleh bertukar jadi harimau..kekadang singapun ada time mengajar diorang mengaji.

Time lain..dia memang boleh diharap. Kekadang time aku mandi..bolehlah dia jagakan baby...agah-agah sambil menyanyi ikut iramanya sumbangnya itu. Kalau baby berhenti menangis..kata dia suaranya sedap! Eh! perasan lebeh plak anak dara sorang ni. Dia ni memang minat sesangat lagu Yuna tu. Apa ke tajuk tu. Yang Sebenarnya yerrr. Apa ke idaknya. Sebelum datang sini..tetiap hari lagu tu berkumandang dalam keta papanya.

Yang si papa pulak..kalau bawak keta tu mengantuk, bila dengar jer lagu ni..mata jadik terang benderang. Ada lampu agaknya kat dalam lagu tu yek!