05 Oktober 2013

Gelagat peserta Intensif Jutawan Industri (IJI) di PWTC

Ketika hari terakhir IJI saya tiba-tiba terlintas untuk mengabadikan kenangan semasa disini( PWTC) setelah melihat bermacam-macam gelagat jutawan-jutawan senyap dan bakal-bakal jutawan di Malaysia. Sungguh teruja saya melihat begitu ramai orang-orang melayu yang menghadiri seminar ini. Rasanya inilah pertama kali saya menghadiri seminar yang dihadiri begitu ramai peserta. Seminar yang tidak sia-sia maksudnya.

Semasa bekerja dulu selalu dipaksa mengehadiri seminar untuk mendapatkan sijil semata-mata.  Saya juga difahamkan jumlah peserta kira-kira 4300 orang. Subhanallah! Sungguh luarbiasa! Kebanyakan yang hadir terdiri anak-anak muda, peringkat pertengahan dan peringkat matang. Ada yang datang berpurdah, ada yang bersongkok, berkerusi roda dan bertongkat! Sungguh!!!

Idea ini datang setelah melihat seorang sedang menjaga anak kecil ditepi pintu masuk berhampiran dewan. Tetapi gambarnya saya tidak saya snap kerana bimbang tidak diizinkan. Makanya setiap gambar yang ada disini semuanya sudah mendapat kebenaran dari yang empunya diri.. thanks u olls sbb sporting.

U see ramaikan!!  

Tu dia berpusu-pusu.
Pakcik yang sporting apabila diminta posing. Steadylah..dari jauh ni dengan beg besarnya tu...



  
Adik-adik yang juga bersemangat. Antara muka-muka jutawan muda Malaysia. Aminnn!!       




01 Oktober 2013

Inilah "My Story"

Sebetulnya saya sudah lama tidak mengupdate blog disebabkan kekangan masa setelah menjadi suri sepenuhnya ,namun saya gagahkan juga jari ini menaip untuk menceritakan kisah saya ataupun 'My Story' selepas menghadiri seminar 3 hari Intensif Jutawan Industri (IJI) di PWTC dengan sokongan dan cabaran dari mentor saya Dr. Azizan Osman (DAO). Selepas mendengar kisah kehidupan ramai orang, saya sesungguhnya berasa amat bertuah kerana kepayahan yang saya alami dulu tidaklah sampai ke tahap yang amat serius. Pengalaman hidup semasa kecil dan remaja memang amat sukar dilupakan kerana ianya  bercampur-aduk dengan kisah suka mahupun duka.

Sewaktu saya kecil semuanya adalah indah belaka walaupun saya terpaksa  menolong emak menjual kuih muih di sekolah. Pernah juga saya mengambil upah menjaga anak jiran dengan kadar bayaran RM1 sehari. Pada tahun 80-an, nilai wang RM1 masih amat besar nilainya. Saya juga pernah mengumpul anak-anak pokok getah untuk dijual dan saya sebagai anak kampung yang masih kecil pada ketika itu memang tidak tahu apa erti kesusahan kerana setiap pekerjaan yang saya buat pasti akan mendapat bayaran walaupun hanya 10 sen. Sewaktu di sekolah rendah, saya sudahpun pandai berenang. Kuak apa yang saya tidak tahu, sungai sedalam mana yang saya tidak berenang.. semuanya saya redahi sebab bagi saya tidak ada cabaran di dalam hidup melainkan keseronokan bermain bersama kawan-kawan.

Ketika remaja saya terpaksa tinggal di asrama kerana faktor jarak rumah yang jauh dari sekolah. Jika saya tidak tinggal di asrama saya perlu keluar dari rumah seawal jam 6 pagi untuk menunggu bas di jalan besar. Saya juga amat berterima kasih kepada emak yang begitu banyak membantu saya dari segi kewangan. Biar sesusah manapun beliau akan sedaya upaya berusaha memenuhi keperluan sekolah atau sampingan saya. Terasa berdosanya saya kini kerana saya yang dulu...yang hanya tahu meminta. Ayah saya pula telah pergi meninggalkan kami sewaktu saya berada di tingkatan 5. Oleh kerana masalah kewangan, saya tidak pernah mengikuti kelas-kelas tambahan yang diadakan kerana ianya berbayar.

Kehidupan saya sedikit  berubah selepas saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Kejururawatan Hospital Kuala Lumpur. Minda saya sudah terbuka. Saya memang minat dalam bidang ini kerana ingin membantu ramai orang. 3 tahun selepas itu saya bergelar jururawat terlatih dengan gaji permulaan yang agak tinggi. Dengan gaji tersebut, dapatlah saya membantu emak di kampung.

Saya merasakan kitaran hidup saya sama seperti ulat beluncas. Semakin lama, semakin berubah menjadi rama-rama yang cantik dan menikmati hidup yang lebih bermakna kerana mempunyai kehidupan sendiri .  Saya bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan suami saya yang mempunyai semangat yang kental, sentiasa menyokong dan yang paling penting seorang yang penyabar. Kerana dialah saya berpeluang untuk sampai ke luar negara. Dengan mengikuti beliau yang bekerja dengan Kedutaan Malaysia disana memberi ruang yang sangat besar untuk saya mempelajari banyak perkara baru di dalam hidup terutamanya dalam bidang masakan. Minat saya kepada masakan  semakin bercambah sepanjang berada di sana.

Sebelum ini saya berpengalaman  bekerja di beberapa buah hospital dan klinik kesihatan sebelum saya membuat keputusan berhenti kerja pada 2 bulan yang lepas. Sebab utama saya membuat keputusan untuk berhenti adalah sama seperti kebanyakan suri rumah yang lain, kerana ingin menumpukan perhatian kepada keluarga, juga ditambah dengan beberapa faktor sampingan seperti suasana yang tidak seronok di tempat kerja, tekanan dan bebanan kerja yang tinggi.

Keterlibatan saya dalam seminar IJI ni adalah diatas ajakan suami saya yang sememangnya peminat tegar Dr. Azizan Osman. Beliau telahpun beberapa kali mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Richworks sama ada yang percuma mahupun berbayar. Tertulisnya kisah ini juga adalah di atas sokongan beliau... :). Doakan semoga saya terus bersemangat selamanya..

17 Julai 2013

Suratan Atau Kebetulan

Banyaknya perkara yang berlaku pada saya pada tarikh 17 Julai 2013 ni! Biar saya listkan benda2 yang menakjubkan tersebut.

Pertama...hari ini merupakan hari lahir anak saya yang ke-10.  Dah besar dah anak dara saya ni! Tak sangka sungguh yang saya dah ada anak yang semakin  remaja...So..saya perlu mempersiapkan diri mental dan fizikal untuk menangani hal2 yang tidak diingini dan belajar menjadi ibu yang berjaya dunia akhirat .Budak2 sekarang ni cepat matangnya..kalau dorang tak dapat apa2 jawapan yang dicari contohnya, ligat ajer komputer di 'on'kan untuk mencari jawapannya. Bukan main lagi ! Saya selalu mengingatkan suami supaya komputer peribadinya hendaklah diletakkan password supaya mereka tidak boleh menggunakannya sesuka hati.

Yang ke-2,pagi tadi bonda tercinta telah selamat menjalani pembedahan mata kerana mengalami masalah katarak. So..pagi2 buta lagi saya telah memandu dengan had laju 120 km perjam untuk sampai ke Hospital Putrajaya. Hahaha..laju tak? Bolehlah kan...sebab naik Myvi,..takdelah terasa bergoyang2 cam bawak viva. Bonda telah masuk ke bilik bedah dalam pukul 10.20 dan kerana ada sedikit masalah..operation selesai dalam pukul 12 tengahari . Kebiasaannya untuk operation mata seperti ini hanya mengambil masa dalam 40 minit saja. Untuk sampai ke tarikh hari ini..macam2 dugaan yang saya tempuhi. Bayangkan bonda saya tidak pernah mengidap penyakit darah tinggi,,tetiba ada darah tinggi..kes di post pone..lepas blood pressure ok..white blood cell (WBC) pulak rendah..tangguh lagi..sehinggalah dapat tarikh hari ini 17 julai 2013.

Yang ke-3, mak mertua, bapa mertua dan adik ipar saya yang pergi memunaikan umrah telah selamat tiba di KLIA pada pukul 1 tengahari tadi. So..rumah riuh rendah dengan suara anak2 dan anak buah berkejar dan bermain sesama mereka. Waktu berbuka jadi seronok kerana adik2 ipar yang stay kat Shah Alam datang berbuka disini.

Yang ke-4 ialah perkara yang paling besar yang terjadi di dalam hidup saya, Sebetulnya saya sendiri tidak menyangka yang saya akan menjadi surirumahtangga sepenuh masa pada umur sekarang. Guest what? Korang2 semua..saya dengan ini mengumumkan bahawa saya telah resign dari bekerja dengan gomen bermula hari ini juga. Tak makan gaji lagi dah. Tak payah nak kena leter teruk2 oleh sister, tak payah nak bermasam-masam muka dengan kawan sekerja dan yang paling penting takperlu nak simpan rasa tak puashati terhadap orang lain.  Mungkin ada yang menganggap keputusan saya ini tidak bijak atau tidak rasional dikala pekerjaan sukar diperolehi. Tetapi..saya ada sebab2 peribadi sendiri. Bagi saya rezeki saya untuk berbakti pada masyarakat mungkin setakat itu saja dan mungkin Allah S.W.T ada sesuatu yang lebih baik untuk saya di masa depan. Yang lebih untuk saya mengumpul pahala untuk saham akhirat pula. Mana kita tahu! Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita semua. Sebab itulah semuanya berlaku pada waktu dan tarikh yang sama. Subhanallah!


11 Julai 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak

post signatureSalam ramadhan buat semua! Kejap jer dah masuk hari ke-2 kita umat islam  berpuasa. Saya pasti ada ibu2 yang bekerja sempat menyajikan makanan untuk orang2 tersayang di ramah dan ada pula yang hanya sempat membeli di 'PARAM' sahaja.  Bukan malas atau yang sewaktu dengannya tetapi....keadaan yang tidak berapa mengizinkan....barangkali.

Semasa berbuka mahupun bersahur, jagalah pemakanan. Bagi pesakit kencing manis, elakkan mengambil minuman jus atau kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula dan tinggi karbohidrat dan bagi pesakit darah tinggi pula, cukupkan rehat korang. Kalau boleh selepas sahur tu atau selepas solat subuh, lelapkan mata barang setengah jam untuk mengelakkan korang dari masalah tidak cukup tidur yang mana boleh juga meningkatkan tekanan darah selain dari pengambilan makanan yang mengandungi garam yang tinggi.
                                 
Selamat menjaga kesihatan diri!

08 Julai 2013

Tips untuk pesakit gout

post signature   Untuk kali ini saya ingin mengubah sedikit tajuk supaya pembaca-pembaca tersayang yang sudi singgah dapat mencegah penyakit-penyakit zaman millenium yang begitu menakutkan.  Bagi mereka yang sudah ada penyakit tu..bolehlah control secara perlahan-lahan walaupun tidak secara mendadak. Haha..berapa banyak 'yang' daaaa....
  Saya pasti korang dah biasa dengar tentang penyakit Gout. Gout adalah keadaan ketidaknormalan metabolisma purin. Purin merupakan bahan di dalam makanan yang menjadi pembentuk kepada asid urik. Ia merupakan sebatian nitrogen dimana pemecahannya di dalam badan akan menghasilkan asid urik. Biasanya asid urik akan dikeluarkan dari tubuh bersama air kencing. Tetapi bagi pesakit gout ianya dilarutkan di sendi-sendi terutamanya di bahagian kaki.  Penyakit ini memang menyiksakan.   Berdenyut-denyut dan mencucuk-cucuk. Ada sesetengah tu boleh meraung-raung kesakitan. Hilang segala perasaan malu.


 Oklah korang, disini saya sertakan sedikit panduan pemakanan Diet Rendah Purin.


a- Elakkan makanan yang mengandungi tinggi purin
   1. Organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, peparu, buah pinggang, otak dan sebagainya.
   2. Ikan bilis dan ikan sardin di dalam tin.
   3. Pati daging (meat extract).
   4. Kekacang seperti dhal, kacang pin, kacang soya dan hasilnya seperti tauhu, tempe, tauhoo 
       dan air kacang soya.
   5. Sayuran seperti bayam, cauliflower, cendawan, asparagus dan kentang.
   6. Bijirin mil seperti roti whole meal, semua jenama  serta tepung attar.
   7. Minuman seperti teh, kopi, coklat dan koko.

b- Makanan  yang perlu diambil dalam amaun yang kecil
   1. Daging selain disebut di atas
   2. Ayam
   3. Ikan dan makanan laut seperti udang, ketam dan kerang.

c- Makanan yang boleh dimakan
  1- Sayur-sayuran selain diatas
  2- Susu dan hasilnya
  3- Telur
  4- Buah-buahan
  5- Mentega dan lain-lain lemak, manisan serta gula.

  Pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan digalakkan untuk menurunkan berat badan. Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kuranglah pengambilan alkohol kerana ia menggalakkan peningkatan asid urik di dalam darah.
  Berbanyak terima kasih kepada Unit Perkhidmatan Makanan Hospital Kajang di atas panduan yang berguna ini. Ikut yer korang panduan yang berguna niiii....Mencegah lebih baik dari mengubat!



 

07 Februari 2013

Kaunselorkah saya?


post signatureEh! Sudah bertukar jawatan ke saya sekarang? Semenjak transfer ke tempat baru saya terpaksa dan dipaksa menjadi tempat mengadu bagi pesakit saya. Sebenarnya bidang ini hanya memerlukan kepakaran mengangguk dan tersenyum saja. Bagi pesakit hipertensi atau yang mengalami darah tinggi mereka akan berkongsi dengan jururawat atau doktor tanpa kita sempat menyoal atau bertanya kenapa tekanan darah mereka naik. Salah satu sebabnya...mereka juga manuasia biasa. Sifat mereka seperti kanak2 yang memerlukan perhatian dan tidak suka dibebel dan dimarahi.

Bagi saya pesakit darah tinggi mahupun yang ada diabetik adalah sama. Apa saja masalah mereka akan sanggup dikongsi dengan orang yang merawatnya. Kemahiran dan skil kita dalam teknik mendengar adalah penting. Walaupun dalam hati...merungut2..kepenatan...terpaksa melayan empat puluh kepala dengan empat puluh cerita dalam versi yang berbeza setiap hari. Adakalanya lebih. Walau educated manapun pesakit tersebut mereka tetap sanggup berkongsi dan mengadu kepada orang suka mendengar.

Tapi awas! korang jangan pula lebih-lebih dalam melayan pesakit. Dengar dan jangan banyak menyampuk. Angguk mana yang perlu dan jangan menambah apa yang tidak perlu. Oleh kerana tempat kerja saya terletak di  kawasan yang agak elit dan ada juga dari kawasan kampung, maka pesakit yang datang  juga tentulah terdiri dari pelbagai golongan dari kelas bawahan sampailah ke kelas atasan. Kebanyakan mereka bekerja sebagai pensyarah dan engineer. Tidak kurangnya mereka yang bekerja sendiri. Dan ada juga pesara2 yangmana kita perlu banyak bersabar dengan kerenah mereka yang agak cerewet.

Jika ditempat lama, kemahiran dalam mengendalikan komputer kena excellant. Datang kerja..komputer yang kena handle dulu. Boleh dikatakan, waktu mengadap komputer lebih banyak dari mengadap pesakit. Betul tak kawan2 disana? Tapi bila bekerja disini...di tempat yang paling sibuk di dalam salah satu klinik dibawah Pejabat Kesihatan Hulu Langat, kemahiran berkomunikasi adalah sangat penting kerana saya perlu berhadapan dengan patient non stop dari pukul lapan pagi sehingga satu tengahari dan dari pukul dua petang sehinggalah pukul lima petang.

Tapi yang paling syok, pesakit akan mendengar apa jua cadangan dan saranan kita  yang berkaitan dengan penyakit  mereka. Oleh itu..saya kena galakkan diri sendiri untuk lebih banyak membaca supaya nasihat yang diberikan relevan dan berasas!

19 Januari 2013

mula lapor diri

post signature15 hb Januari, saya mula melaporkan diri di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Selepas mendengar kata aluan dan nasihat daripada Pengarah JKNS, berbalas senyum dan berpeluk-peluk sikit dengan bekas matron di Hospital yang dulu,saya mula bergerak ke Pejabat Kesihatan Hulu Langat (PKD Hulu Langat) pula untuk mengetahui saya ditempatkan di klinik mana.

Dalam pukul 2pm..keputusan masih tak kunjung tiba sehinggalah pukul 5pm. Keesokan harinya saya dan beberapa teman yang transfer masuk ke Selangor dan adik-adik freshie seramai 12 orang pun kena datang lagi kesini. Sampailah ke penghujung hari ke-2 barulah kami mengetahui tempat posting masing2. Saya tidak mendapat tempat yang diminta kerana klinik tersebut sudah penuh. Mati-mati saya ingatkan saya dapat ke klinik tersebut. Ada kawan saya mengambil keputusan untuk resign dan beralih arah ke Arab Saudi kerana tidak mendapat klinik yang diminta. Kawan saya mempunyai pos basik kebidanan. Disebabkan pos basik tu penting...maka kawan saya ditempatkan di klinik yg sibuk dan agak jauh dari tempat tinggalnya. Kasihan!


Hari ke-3 saya melaporkan diri di tempat bertugas yang baru (walaupun klinik ni kliniuk yg lama). Perasaan saya memang sukar digambarkan. Bercampur baur. Gembira kerana masih dekat dengan rumah saya..tetapi sedih kerana tempat ini serba kekurangan dan pengurusannya agak kelam kabut.Pandai-pandailah saya menyesuaikan diri dengan keadaan.

13 Januari 2013

Program Cuti Sekolah


Uih! Setengah tahun saya tidak meng-update blog ini dek kesibukan masa. Tangan memang gatal nak menulis, hati pula meronta-ronta nak bercakap. Betul tak? Sebab apa yg kita tulis tu semuanya dari luahan hati bukan luahan mulut ...(keh!keh!).  Dari baby  dari dalam perut sampai umur dia sekarang udah 5 bulan, barulah hari ni saya duduk balik depan komputer  untuk kembali mengarang (pinjam komputer  encik asben.sebab charger lappy saya kong!


Hai pelawat yang ada anak2 yg tengah memulakan sessi persekolahan sekarang ni...! Camana keadaannya anda mengawal anak2 time cuti sekolah tempohari. Hantar tuisyenkah? Hantar kampung untuk bercuti bersama atuk dan nenekkah atau bawa dorang pergi melancongkah? Setiap dari kita yg bergelar mak dan ayah memang  taknak anak2 mereka menghabiskan masa cuti didepan tv atau bermain games. Kalau dibiarkan...lama2 formula tambah, bahagi atau darab akan lesap dalam ingatan..macam tak pernah belajar sebelumnya. Contoh terdekat anak2 saya sendiri...sebelum ni cuti sekolah selama dua minggu dibiarkan begitu saja..tak ikut mana tuisyen atau mana kursus cuti sekolah..hasilnya seperti yg saya cakap...semua formula matematik dah tak gheti nak buat walaupun yg simple.


SO..supaya sejarah tidak berulang lagi..cewah..saya mengambil keputusan untuk menghantar anak-anak saya ke kursus yang dianjurkan oleh Sekolah Kafa Integrasi As-syakirin Cheras bersama kompeni Ustaz Zamri yg selalu muncul di TV 9 tu!  Itupun selepas saya membaca macam2 komen positif tentang sekolah ini.

Kem mini tahfiz yang bermula pada 18 Nov 2012 dan berakhir pada 15 Dec 2012 lepas  mengajar anak-anak saya yg berumur 9 tahun dan 10 tahun itu berdikari. Belajar hidup sendiri selama sebulan, untuk menguruskan keperluan seharian bersama kawan-kawan baru dengan dibantu oleh guru-guru bukannya mak dan ayah. Dan juga belajar  bangun pagi seawal 4 pagi untuk sama2 sembahyang tahajud dan solat sunat yang lainnya.


Walaupun macam2 benda yang terlintas dalam kepala  kerana mereka tidak biasa hidup diluar tanpa kita, tetapi saya tabahkan hati dan yakin mereka mampu mengharungi kehidupan yg baru itu selama sebulan. Pejam celik..pejam celik tamat sudah pembelajaran mereka disana. Perubahan positif pada budak-budak ni memang dapat dilihat.

Contohnya anak sulong saya Dania yg berumur 10 tahun. Jika sebelum mengikuti kem ini..susah untuk memakai tudung dan terpaksa berperang jika disuruh menunaikan solat.Tetapi selepas mengikuti kem tersebut..dengan sendirinya dia sudah pandai memakai baju yg tidak menampakkan aurat, memakai tudung dan tak payah lagi nak berperang jika disuruh solat..Begitu juga anak saya yang no.2 Adam..tetapi budak lelaki biasanya perubahan yg dialami tidaklah terlalu drastik sangat. Doa qunut sudah dihafal..doa dhuha bagaikan nyanyian bagi mereka ..laju...cuma lasaknya tetap ada. Tak hilang-hilang.

Namun...Alhamdulillah.ada juga perubahannya sedikit walaupun tak banyak... (@_@)