01 Jun 2014

Jalan-jalan ambil angin di Kuala Lumpur

Dimusim cuti sekolah ini, kebanyakan ibubapa berpeluang membawa anak-anak ronda2 malaysia ataupun Luar Malaysia. Menurut laporan My Metro 27 Mei 2014, tempat-tempat dibawah haruslah di lawati untuk melengkapkan pengembaraan apabila korang dan keluarga sampai di Kuala Lumpur.

1. Menara Berkembar KLCC

Menara Berkembar KLCC atau dikenali juga sebagai Twin Tower KLCC Petronas ini adalah bangunan tertinggi di Malaysia dan tertinggi di dunia bermula selepas pembukaannya pada 1998 sehingga 2004.Menara Berkembar Petronas KLCC dibina bermula 1 Mac 1993 dan siap pada 1 Mac 1996. Mula dipenuhi dengan pejabat korporat termasuk Petronas bermula 1997 dan mempunyai ketinggian 88 tingkat. Terdapat jambatan yang menghubungkan dua menara ini yang dikenali sebagai Skybridge.

Tiket masuk ke Skybridge KLCC:
Dewasa Tanpa MyKad - RM50
Kanak-kanak Tanpa MyKid - RM25
Dewasa dengan MyKad - RM25
Kanak-kanak dengan MyKid - RM25


2. Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur siap dibina pada Mac 1995 dan pada ketika itu dinobatkan sebagai menara tertinggi di Malaysia. Dibina untuk tujuan antena komunikasi dengan ketinggian 421 meter. Ia mempunyai empat lif yang boleh membawa anda naik ke puncak menara dengan cepat.

Tiket masuk ke Menara Kuala Lumpur:
Dewasa Tanpa MyKad - RM47
Kanak-kanak Tanpa MyKid - RM27
Dewasa dengan MyKad - RM29
Kanak-kanak dengan MyKid - RM19


3. Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Birds Park mempunyai keluasan sehingga 21 ekar. Terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur berdekatan Taman Tasik Perdana. Lokasinya sangat strategik dan amat sesuai untuk kita lawati, dekat dan mudah.

Selain dapat mengenali pelbagai jenis burung, penulis percaya apabila bersiar-siar di dalam taman itu, kita akan lebih tenang dan tidak pernah terfikir wujudnya lokasi sebegitu di pusat bandar KL.

KL Birds Park mempunyai lebih 3,000 burung di dalamnya dan mempunyai sekitar 200 spesies burung yang pelbagai. Kira-kira 90 peratus daripada burung itu adalah burung yang terdapat seluruh negara manakala selebihnya adalah spesies burung import dari seluruh dunia untuk tatapan pengunjung.

Tiket Masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur:
Dewasa Tanpa MyKad - RM48
Kanak-kanak Tanpa MyKid - RM38
Dewasa dengan MyKad - RM25
Kanak-kanak dengan MyKid - RM12


4. Dataran Merdeka

Dataran Merdeka juga terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Di Dataran Merdeka inilah buah kali pertama bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 selepas kemerdekaan Malaysia pada waktu itu.

Di sini selalu diadakan sambutan Hari Kemerdekaan saban tahun dan banyak acara besar dianjurkan. Paling sesuai kalau mahu ke sini ialah pada waktu malam untuk menikmati keindahan Skrin Besar dan lampu sekitar Dataran Merdeka.

Untuk menikmati keindahan ini adalah percuma dan boleh mengetahui sejarah lebih lanjut di Internet.


5. Bangunan Sultan Abdul Samad

Nama bangunan ini sempena nama Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad ketika pembinaannya. Apa yang menarik, struktur bangunan ini yang unik dan berdasarkan reka bentuk Mughal.

Dulu bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan dan kini ia menjadi bangunan sejarah dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Apabila malam, limpahan lampu warna-warni akan menerangi bangunan ini dan sememangnya cantik kerana cahayanya menyuluh sekeliling termasuk Dataran Merdeka.


6. Stesen Kereta Api Kuala Lumpur

Salah satu mercu tanda Kuala Lumpur ialah binaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang sangat unik dan cantik. Ia siap dibina pada 1910 dan masih utuh sehingga hari ini. Ia menjadi hab pengantara pengangkutan awam sebelum ia beralih ke KL Sentral pada 2001.

Struktur bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini memang cantik dan anda akan terpesona dengan rekaan bangunan yang mempunyai rekaan Moorish, Mughal, Indo-Saracenic yang ada persamaan dengan bangunan di India.

Banyak sesi fotografi menarik dan rakaman filem tempatan dan luar negara dilakukan di sini.


7. Tugu Negara Kuala Lumpur

Tugu Negara ialah National Monument yang dibina bagi mengingati jasa pengorbanan pahlawan negara yang gugur di medan perang demi memartabatkan negara daripada cengkaman penjajah sewaktu zaman perang.

Ia dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tugu Negara ini siap dibina pada 1966. Lokasinya berdekatan Tasik Perdana dan juga Taman Burung Kuala Lumpur.
Ia tidaklah menarik seperti Bukit Bintang tetapi ia mungkin boleh membuatkan anda kagum dengan rentetan sejarahnya.


9. Jalan Tuanku Abdul Rahman

Sekiranya anda seorang yang suka membeli-belah, boleh ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di sini pelbagai jenis barangan ada dijual terutamanya kain, tudung dan kedai makan dengan tawaran harga murah.

Sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman meriah menjelang hujung minggu sehingga ke malam Ahad. Sepanjang jalan di bahagian lorong Tuanku Abdul Rahman ada pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan dengan harga rendah dan pelbagai pilihan.


10. Pavilion Kuala Lumpur

Pavilion ialah gedung beli-belah terkemuka dan paling terkenal di Kuala Lumpur. Terletak di Jalan Bukit Bintang yang sememangnya menjadi kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur. Gedung beli-belah yang menyediakan butik eksklusif seluruh dunia ini dikelaskan sebagai gedung beli-belah untuk golongan elit kerana hampir semua butik di sini menjual produk berkualiti dan mahal rekaan pereka luar negara.

Kini, Pavilion menjadi lokasi pengunjung yang bukan saja suka membeli-belah tetapi turut berminat dengan rekaan bangunan Pavilion KL yang nampak mewah dan eksklusif dari luar.

Di buka pada 2007 dan mempunyai lebih daripada 1.4 juta kaki persegi menempatkan butik pakaian, bangunan pejabat, kondominium kediaman dan juga hotel.

11. Yang no.11 ni saya tambah kerana saya memang sukakan makanan. So..kalau korang nak merasa nasi bubur atau kuih muih kampung lagi, jangan lupa singgah di Kampung baru. saya sukakan masakan kelantan kerana separuh darah saya adalah asalnya dari Negeri Cik Siti wan Kembang. Dan masakan kelantan memang mudah diperolehi di Kampung Baru.

Selamat Bercuti :)

Kredit to My Metro