Bismillahhirrahmanirrahim!
Ya Allah! Aku sama sekali tidak menyangka akan kembali kedunia blogging ini. Sudah bertahun aku tinggalkan ruang ini. Last aku berblog tahun 2015. Bayangkan berapa tahun dahtu.
Terasa dulu amat mustahil untuk aku meneruskan penulisan kerana sibuk menguruskan anak-anak yang masih kecil. Aku pernah mencuba untuk delete blog ini. Tetapi nasib baik ada masalah yang aku tak berapa nak pandai untuk selesaikan. Jadi aku membiarkan saja blog ini terbiar tanpa diusik.
Tapi jodoh kami agak kuat agaknya.
Kini aku kembali.
Tahun 2022 ini aku selitkan sedikit azam supaya aku tidak jemu, tidak cepat berputus asa serta mempunyai idea untuk menulis.
Dari anak 3 aku kini sudah mempunyai 5 orang anak. Anak sulong time tu baru berusia 12 tahun. Kini anak sulongku sudah berusia 19 tahun!
Dulu aku menulis blog supaya rakan taulan dan saudara mara dapat melihat perkembangan kami ketika kami di negara orang. Zaman itu Facebook baru ada tetapi aku tidak mengambil berat tentang kepentingan FB. jadi apa-apa aktiviti yang aku lakukan aku letak dalam blog. Berkongsi resepi dengan rakan-rakan dan taulan.
Kini anak-anak sudah besar . Aku mempunyai banyak masa luang. Doakan aku yer semua!