19 Januari 2011

Jom tengok orang kawin kat Moscow...

Semalam bertempat di Kedutaan Malaysia Moscow ada majlis perkahwinan. Mesti korang tanya..orang Melayu ke orang Rusia yang kawin kan? Ekceli..majlis ni adalah anjuran Tourism Malaysia Moscow kerana girl yg kawin tu adalah staff tourism. So..jom kita tengok betapa meriahnya majlis tersebut.! Untuk pengetahuan korang majlis perkahwinan dan akad nikah telah dijalankan di Malaysia dan ini adalah majlis yg mereka ke-3 bagi pasangan bertuah ini. grand giler..siap ada reporter dan stesen Tv dari salah
satu stesen Tv yg terdapat di Moscow ni membuat liputan..walau hanya tiga empat minit...jangan jeles u!
Karipap adalah kue yg pertama abisss...laku beb!

Antara makanan yg disajikan oleh katering di Embassy yg terdiri dari nasi putih, dalca, ayam masak merah, acar mentah dan papedom (kalau tak silaplah). Perut dah berbunyi2  bila tengok makanan ni.  

Bunga manggar siap dgn flower gurl dan pasukan kompang. jangan tak percaya beb! Feel tu memang rasa cam kat Mesia. Hilang rindu kat bunyi kompang..pong!pong!dap!dap! Semasa kat Mesia..memang saya suka memenuhi majlis kawin kawan2..kalau tak dapat pegi..rasa cam nak nangis jer..suka dgn ayam masak merah!


 Siap dgn pelamin tu! hasil tangan mereka-mereka yang kreatif  dan Kak Baiti staff Embassy yg memangku gelaran Mak baptisan pengantin..hehe..jangan mare kak Baiti..Tapi..saya memang salute ngan org yg bekerja keras bagi menjayakan majlis ini..kedepan2..mereka2 pulak yg bakal menimang menantu .....bagus!bagus! practice make perfect... 


Hepinya wajah pengantin baru kita ni...tahniah Bob (bakal doktor ni) dan Puan Sarifa (staff Tourism Malaysia). Semoga jodoh korang berpanjangan dan 'dipercepatkan' dapat baby..ahak!

Diapit oleh Duta Besar Malaysia ke Moscow..

Tengok..saya ambik tak ingat donia....!!! mengidam nasi minyak...jangan tak tahu...jemput  makannnnn...Bismillah....

Selepas makan-makan..acara yg seterusnya memang tak akan lari..berfoto dan bergaya dgn pengantin. Ini geng2 wanita pulak berposing. Saya terasa cam pengantin bila dok bertempek disisi pengantin.ehem..ehem. Eh! nasib baik badan saya ni kecik..kalau tak mahunya runtuh pelamin sebab dok di kerusi yg sama dgn pengantin. Over posing tak kita ? Hu...hu..terkenang semasa dolu...:)

Gambar2 lain akaN Di masukkan kendian..tungguuuu,....

14 Januari 2011

Istanbul (Part 3)

Tengok jam tu! kami dah berada di stesen menunggu trem pada waktu ini. Flight kami ke Athens, greece dalam pukul 9.30 am. Hujan turun renyai2. Malas rasanya nak bangun. Tapi bila mengingatkan perjalanan masih jauh..kenalah bukak mata..


Suasana di dalam trem di waktu pagi..tak ramai sangat manusia. Dapatlah we all duduk dengan
selesa. Adam nak berlaripun boleh!


Selepas check-in sempat lagi kami makan eskrim ni! Panjang sudunya..macam hidung mamat tu pulak :) bukan saja kat Moscow sejuk2 orang tibai eskrim...kat sinipun sama daaaa....cubalah rasa eskrim dia..ada 3 jenis..yg tak sedap..kacang hijo tu..jgn ambik..tak best..beli2..makan tak abis pun.! harganya mengikut saiz yg terpampang di sebelah mamat ni..


Penerbangan dengan Olympic Airlines ke Greece, Athens kali ini amatlah selesa seselesanya. Ha..ha..guess where we r now? :D


Hopefully sinar ini akan berterusan....hingga travel kami tamatttt...InsyaAllah...

Info : perbezaan waktu
Malaysia Moscow -Mesia 5pm...moscow 1pm.
Malaysia Turki - Mesia 5pm...Turki 12 Noon.

Istanbul (Part 2)

Hari ke-2 ni kami keluar pagi2 kerana nak ronda2 luar kawasan luar Sultanahmet dengan menaiki tour bas. Kelihatan suasana masih lengang diwaktu pagi . Bangku2 yang diletakkan berhampiran BlueMosque kosong.

Inilah City Sightseeing Istanbul bus yang dipanggil Hop On-Hop Off yang membawa kami pusing-pusing Istanbul di sebelah Asia selama 90 minit . Bayaran untuk menaiki bas ini ialah 20 Euro seorang. Kanak-kanak dibawah umur 7 thn tidak dikenakan bayaran.

Mendamaikan..


Kaki pancing mengambil peluang memancing di sepanjang jambatan. Ada diantara mereka yang sempat lagi melambai2 kearah bas yang dinaiki..

Perkara yang saya paling suka tentang Istanbul..berjalan dua tiga langkah akan kelihatan masjid. Setiap kali masuk waktu solat..bukan satu masjid saja akan melaungkan azan..malah bersahut-sahutan suara keramat melaungkan azan..menusuk ke kalbu. Sudah lama..saya merindui suara azan yang merdu begini.

Tenang...


suka tengok gambar ni...

Rasa nak turun main jer kat sini....


Berhenti penat didepan BlueMosque selepas pusing sambil minum teh panas. Tempat yang pagi tadi kosong..sudah dipenuhi oleh orang ramai yang kebanyakan pelancong. Jika anda berada disini..dalam 5 minit akan ada org yang menawarkan teh panas atau susu campur karamel berharga 2 Lira. Saya tak berapa suka rasanya..tak kena dgn tekak kita...! Mungkin ada org yang boleh terima. Disini juga..anda akan dipujuk untuk membeli buku2 atau pamplet tentang Istanbul...anda kena berani menepis...:D


Sebelah kanan adalah merupakan pintu untuk masuk ke dalam blue mosque. Saya 'lepaking' di luar sementara menunggu encik Asben solat zohor dan jamak asar. Mana-mana visitor tidak dibenarkan masuk ketika masuk waktu solat.

Kestane ialah berangan bakar. Tak sangka kat negara dorangpun ada buah berangan !Gerai2 seperti ini..memang banyak di area2 seperti Bluemosque, Topkapi palace, Hagia Sophia serta Grand atau Spice Bazaar. Buahnya pulak bukannya kecik2 macam tpt kita..ni ha! sebesar ibu jari kaki..mak oiii..tengokpun dah sengal gigi..cam tak larat nak kunyah..besar sangat. So..kami makan jagung bakar dan jagung direbus yang turut dijual digerai tersebut.

Sempat singgah di Spice bazaar. Hati dok tahan nak beli barang coz..banyak lagi tempat kami nak pergi selepas ini. InsyaAllah..selepas balik dari London..saya akan dtg lagi kesini.

13 Januari 2011

Istanbul (Part 1)

Salammmm...


Dah banyak hari nak post tentang trip ke Istanbul..tetapi hari ni baru berkesempatan kerana anak bertuah yang sorang tengah tido kat atas. Nampak tak snow yang memenuhi kawasan airport? Keadaan ini membuatkan kami tidak senang duduk pada pagi tu..kot2 our flight pulak yang kena cancelled nanti. Walaupun kapalterbang dah ada..tapi..macam2 boleh jadi.
Tunggu punya tunggu..waaupun flight kami delay satu jam..akhirnya kami selamat berlepas.

Dah sampai ke? Alhamdulillah...Ini pulak gambar sewaktu kami tiba di Airport Ataturk Halivamani Airport. Takde snow kan? walaupun suhu 10 darjah tetapi cahaya matahari memancar terang. Best !best!..:)


Kami membuat keputusan untuk menaiki trem dari airport ke tempat penginapan di SultanAhmet berhampiran Bluemosque dengan menaiki trem ke Zetinburnu. Kalau dari airport tu anda jangan risau kerana ada tanda arah yang begitu senang difahami untuk ke stesen2 tersebut. Untuk menaiki trem..kita perlu membeli token di mesin seperti diatas terlebih dahulu. So..anda perlu tukar duit kecik Lira yang bernilai 10 Lira atau 5 lira siap2 sebab mesin ini tidak menerima duit besar. Di Zetinburnu kami tukar trem ke trem yang bertulis ke stesen Aksaray.

Inilah rupa bentuk token tersebut. Terbeli lebih. Token hanya perlu untuk orang dewasa sahaja. Kanak2 free. Kalau kita kat mesia..pakai kad..1 token bernilai 1.75 Lira.
Token ini diperlukan semasa nak masuk gate sahaja. Untuk keluar..kita takyah guna token sbb token tu memang dah kena telan kat mesin dah..tapi..jika kita tukar trem..token yg lain kena beli lagi.

Walaupun keadaan didalam trem penuh sesak..tetapi..kami amat berpuashati kerana trem ini amat cepat. Jika sampai disesuatu stesen.. kita akan diberitahu seperti biasa..jika kita tidak mendengarpun..anda jangan panik atau bimbang kerana ada mesin eletronik dgn tulisan bergerak2 akan menunjukkan lokasi yang seterusnya. Perjalanan kami dari airport ke Stesen SutanAhmed area bluemosque lebih kurang 25 minit sahaja walaupun bertukar 2 kali naik trem.

Adam berposing di hadapan stesen Sutanahmed sambil menunggu tuan rumah datang ambik. Sambil tu..tak habis2 dok kejar kucing yang memang banyak kat sini. Kesian kucing2 tu.. dikerjakannya..

Bawalah laptop atau notebook anda jika ingin ke Istanbul kerana dimana2 sahaja anda akan dapat melihat signboard diatas. Syok kan? Jadi .dapatlah berFb..atau berskype dgn mak di kampung..bolehlah mereka melihat sama keindahan di Istanbul..:D

Area kami tinggal...jalan kaki saja kesana sini..

Selepas hantar beg ke bilik..sempat jugak kami merayap ke Grand Bazaar yang disebut2 itu.

Penutup aktiviti kami pada hari pertama ....pusing-pusing menyusuri jalan-jalan di kawasan berdekatan.

Info : 1 TL (Turki Lira) = rm 1.95

11 Januari 2011

Home Sweet Home

Alhamdulilah akhirnya kira-kira pukul 5 setengah pagi semalam saya sekeluarga selamat kembali ke Moscow dengan menaiki Aeroflot dari lapangan terbang Istanbul Atarturk Havalimani ke Lapangan terbang Sheremetyeyo terminal D setelah hampir 10 hari menjelajah negara luar Moscow.... .lari dari cuaca sejuk yang melampau disini.


Memang takde benda lain yang terlintas di fikiran saya sepanjang perjalanan dari airport ke rumah melainkan bantal semata-mata. Rasa macam dah tak sabar lagi nak melelapkan mata..nak qada balik tidur dan rehat yang keciciran sepanjang perjalanan kami anak beranak.


Bahagianya bila saya dapat meluruskan badan..membetulkan mana2 urat yang tegang apatah lagi bila berada di rumah sendiri bukan dihotel tempat kami menginap. Penatnya baru terasa...