24 Januari 2014

Roti Sosej


Memula buat dulu,saya buat doh uli pakai tangan Saja. Semenjak ada BM ni...kerja saya semakin mudah. Resepi kali ni saya guna cik BM jugak. Tapi kalau guna tangan..doh kena uli betul2 biar adunan tidak melekat ditangan..sure jadik jugak. Jika guna cik BM..caranya lagi senang. Campur semua sekali dalam BM. selesai! Resepi asal : dari buku 'Panduan Pemakanan anak sihat & pintar' koleksi Pa&Ma 2006.

Bahan-bahan

400 gm tepung gandum
50 gm gula halus
1 sk garam
10 gm ssu tepung
1 paket yis + 190 ml air suam- biarkan sekejap sampai nampak buih.
60 gm butter-yang telah dicair dan disejukkan
6 batang sosej


Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan kecuali sosej kedalam satu bekas atau BM
2. Uli sampai jadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
3. Rehatkan 40 min. Tutup dengan tuala bersih dan lembab.
4. Sementara itu celur sosej dalam air yang mendidih yg telah dimatikan. Celur sekejap saja.
5. Angkat dan sejukkan.
6. Tumbuk doh yang telah kembang untuk keluarkan angin.
7. Bahagikan doh kepada 6 bahagian yang sama besar.
8. Balut keliling sosej dengan doh tadi. Letakkan diatas dulang yang telah disapu dengan sedikit marjerin atau butter. Buat
hingga habis.
9. Biarkan lagi sampai doh nail selama 30-40 min.
10. Sapukan campuran fresh milk dan kuning telur keatas doh yang telah siap tadi.
11. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 min atau sehingga kuning.

selamat mencuba :)

23 Januari 2014

Pizza Mini Bombastik!


Suka makan Pizza kan? Jom! kali ni kita buat sendiri. Buat besar gedabab macam pizza pun boleh nak buat mini pizza pun boleh. Resepinya sama saja. Memandangkan harga pizza tu sebijik dah berapa. Kalau yang anak ramai macam saya ni..berbaloi rasanya kalau buat sendiri. Kalau nak buat tebal macam pizza hut, dapat 2 biji pizza. Dan kalau nak buat nipis-nipis macam dominos tu dapatlah 3 biji, dan kalau nak buat yang kecik-kecik supaya senang anak nak bawak ke sekolah, lagi dapat banyak. Saya dah banyak kali cuba resepi ni memang menjadi. Bila sejuk, dohnya tetap lembut. Saya salin resepi ni dengan Puan Shima isteri Ketua Canseri semasa berada di Rusia dulu. Terima kasih kak Shima..


Bahan untuk doh

300 gm tepung (3 cawan biasa)
180 ml air (1 3/4 cawan)
30 ml minyak zaitun ( 2 sb)
1 paket yis
1 st garam
1 sb gula

Cara-caranya

1. Masukkan bahan-bahan kering. Kacau biar bercampur. Jika guna BM masukkan semua bahan sekaligus.
2. Masukkan air dan uli 15 minit sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat ditangan.
3. Tutup dengan tuala atau letakkan dalam bekas yang bertutup dan biarkan doh mengembang dua kali ganda atau selama 30 min.
4. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan mengikut bentuk yang dikehendaki.
6. Letakkan didalam loyang. Biarkan selama 30 minit lagi.
7. Cucuk kulit pizza dengan garfu sebelum meratakan sos dan letak toping.

Bahan untuk toping

4 ketul jejari ketam-dipotong nipis
4 biji cendawan butang-guna yg kering, lepas tu rendam utk lembutkan dan baru dipotong nipis-nipis.
50 gm sayur campur
3 batang sosej
1/2 st garam, serbuk lada sulah, serbuk lada putih
Sos tomato dan Mayonis

Cara-cara

1. Satukan semua bahan untuk toping kedalam satu bekas
2. sapukan sos tomato diatas lapisan pizza
3. Taburkan bahan topin dan paipkan sedikit mayonis diatasnya.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 200-230 darjag selama 20 min.

Selamat mencuba ^_^


22 Januari 2014

Lemon Rosemary Grill Chicken

Jika anda pernah mencuba ayam grill di mana-mana kedai, hari ini apa kata kita memasak sendiri pula. Saya pernah dua tiga kali mencuba resepi ini yang saya dapat dari kawan saya Puan Julia dicampur juga menu dari Chef Hanieliza.Rasanya..perggggg....menjilat jari! Gravynya yang pekat, lengkap dengan masam manisnya membuat kita akan teringat-ingat akan keenakannya. Jika dicicah dengan sos cili atau sos tomato..lagilah lengkap rasanya.Anak2 ralit meratah baby carrot dan kentang yang disumbat kedalam perut ayam tersebut yang dicampur dengan pelbagai perasa. Cubalah! anda tidak akan menyesal. Jika tidak mempunyai oven..tidak mengapa kerana anda boleh menggunakan juga pemanggang ajaib yang terkenal dengan keajaibannya itewww!



Resepi Lemon Rosemary Grill Chicken

Bahan-bahan

1 ekor ayam-dibersihkan
1 biji lemon
3 ulas bawang putih-nak tambahpun boleh.
2 sb minyak zaitun
2 sb Rosemary kering
1 sb serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato dibelah 2
5 biji baby carrot
1 biji capsicum- dibelah 4
1 biji bawang besar -dibelah 4
2 sb kicap pekat
1 sb sos tiram
1 sb gula
sedikit garam

Cara-caranya
1. Lemon, kentang, bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary kasar2.
3. Gaulkan bahan yang ditumbuk dgn minyak zaitun.
4. Ambil sedikit bahan yg ditumbuk tadi dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrot, capsicum dan tomato.
5. Cucuk lemon dengan garfu supaya jusnya nanti keluar apabila disumbat kedalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa biji kentang yg dipotong, carrot dan bawang besar kedalam perut ayam tadi.
7. bakar selama 1 jam dengan suhu 200 darjah atau sehingga ayam masak.
8. Jika menggunakan pemanggang ajaib, ayam hendaklah dibelah 2.
9. Gravy jangan dibuang dan boleh digunakan untuk disiram keatas ayam semasa menghidang.

Selamat Mencuba ^_^



21 Januari 2014

Muffin Coklat

Saya bukannya peminat coklat, tetapi encik suami dan anak-anak merupakan peminat tegar apa jua jenis coklat. Jadi saya terpaksa juga mencari resepi yang berasaskan coklat untuk mereka. Maka terciptalah muffin coklat ini hasil dari blog kegemaran saya Joy Of Baking. Sebenarnya muffin ini boleh diletakkan frosting kalau mahu..tetapi saya tidak suka cara yang merumitkan maka saya ambil separuh sahaja resepi yang Joy sediakan.Dan buttermilk saya tukar dengan whipping cream jenama Anchor. Resepi ini juga untuk Oja yang berada di Moscow... ^_^.


Muffin Coklat

Bahan-bahannya

Bahan A
230 gm tepung serba guna- macam biasa saya gunakan tepung gandum yang diayak.
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
265 gm gula perang- boleh dikurangkan jika taknak manis
1/2 st garam
60 gm serbuk koko.
100 gm coklat chip

Bahan B

2 biji telur yang dikacau perlahan.
240gm whipping cream-jenama Anchor
113 gm butter yang dicair dan disejukkan.
2 st esen vanilla.

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan A kedalam mangkuk yang besar.
2. Campurkan semua bahan B. Kacau sebati guna senduk kayu atau spatula.
3. Masukkan bahan B kedalam mangkuk yang mengandungi bahan A.
4. Masukkan 2sb adunan kedalam cup yang disukai.
5. Bakar dalam masa 20-25 min dengan suhu 190 darjah atau sehingga masak.

Selamat Mencuba! ^_^

20 Januari 2014

Apam Nasi Sejuk


Saya sangat suka apam, tak kiralah apam jenis apapun. Belek punya belek..terjumpalah resepi yang memang simple dan boleh dicuba oleh sesiapa saja dari blog Ceria Rsepi. Sebelum ini saya memang ada terbaca tentang apam beras dalam facebook..tetapi saya tidak berkesempatan untuk membuatnya. Lagipun pada saya apam elok dibuat pada waktu pagi untuk sarapan atau pada waktu petang untuk kudapan. Tungggu punya tunggu...akhirnya tiba jua waktu untuk saya berapam kerana terdapat lebihan nasi semalam. Ingatkan saya seorang saja yang suka apam ni..rupa-rupanya semua budak-budak dalam rumah ni pulun! Sekelip mata saja apam saya habis! Adib lagilah..siap order...nak lebih kelapa...intai punya intai, ratah kelapa lebih dari apam rupanya!

Resepi Apam Nasi Sejuk

2 cawan nasi sejuk
2 cawan air
1 3/4 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 packet mauripan@ibu roti
pewarna

kelapa parut dan garam - gaul

Cara-cara

1. Masukkan nasi dan air kedalam blender dan kisar sampai hancur.
2. Masukkan gula, dan kisar lag.
3. Didalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung beras dan mauripan. Sebatikan.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam mangkuk yang mengandungi bahan kering. Kacau menggunakan senduk kayu.
5. Jika ingin memasukkan pelbagai pewarna, bahagikan bekas mengikut bahagian yang ingin diwarnakan.
6. Perap adunan selama 2-3 jam.
7. Panaskan pengukus dan lumurkan sedikit acuan dengan minyak supayatidak melekat selepas dikeluarkan.
8. Kukus selama 15 min.
9. Bila dah sejuk..bolehlah dimakan bersama kelapa parut tadi.

Selamat Mencuba! ^_^

19 Januari 2014

Muffin Chocolate Chip mudah


Sebetulnya saya tidak berminat untuk membuat muffin..kerana menyangka proses untuk membuatnya adalah rumit dan memerlukan bahan yang banyak. Disebabkan saya kini berada sepenuh masa dirumah dan selalu follow page di facebook berkaitan dengan masakan seperti 'resepi ummi', 'kek dan puding lazat untuk dikongsi', hati saya tergerak untuk membuat muffin seperti diatas. Resepi ini saya temui dalam blog 'joy of baking'. Melihatkan bahan dan cara buat yang mudah kerana ada cara-cara yang ditunjukkan oleh blog ini tentang setiap masakan yang dihasilkan..maka terhasillah muffin chocolate chip ini.

Chocolate Chip Muffin

Bahan-bahan

Bahan A
260 gm tepung serba guna. Tapi saya guna tepung gandum-diayak
135 gm gula
1/4 st garam
2 1/2 baking powder
1 cawan chocolate chip
135 gm gula putih

Bahan B
113 gm butter yang dicairkan. Kalau guna unsalted butter tak payah masukkan garam.
2 biji telur saiz B- dikacau lembut.
160 ml fresh milk
1 1/2 st esen vanilla

Cinnamon Sugar Topping:

1 sb gula kastor
1/2 st serbuk kayu manis
Campurkan kedua-dua bahan ini dan ketepikan.

cara-cara
1. Masukkan semua bahan A kedalam satu bekas dan gaulkan sebati menggunakan senduk kayu/ spatula. Sementara itu panaskan oven
dengan suhu 190 darjah C.
2. Di dalam bekas lain, masukkan bahan B dan kacau sebati juga.
3. Masukkan semua bahan B kedalam bahan A.
4. Gaul sebati menggunakan tangan. Jangan terlebih kacau, nanti adunan menjadi keras.
5. Masukkan satu sudu besar adunan kedalam cup yang bersesuaian.
6. Taburkan topping keatas muffin sebelum dibakar.
7. Bakar dengan suhu 190 darjah selama 20 min atau sehingga masak.
8. Gunakan rak tengah dan dengan api atas bawah.


Selamat mencuba :)