17 Julai 2013

Suratan Atau Kebetulan

Banyaknya perkara yang berlaku pada saya pada tarikh 17 Julai 2013 ni! Biar saya listkan benda2 yang menakjubkan tersebut.

Pertama...hari ini merupakan hari lahir anak saya yang ke-10.  Dah besar dah anak dara saya ni! Tak sangka sungguh yang saya dah ada anak yang semakin  remaja...So..saya perlu mempersiapkan diri mental dan fizikal untuk menangani hal2 yang tidak diingini dan belajar menjadi ibu yang berjaya dunia akhirat .Budak2 sekarang ni cepat matangnya..kalau dorang tak dapat apa2 jawapan yang dicari contohnya, ligat ajer komputer di 'on'kan untuk mencari jawapannya. Bukan main lagi ! Saya selalu mengingatkan suami supaya komputer peribadinya hendaklah diletakkan password supaya mereka tidak boleh menggunakannya sesuka hati.

Yang ke-2,pagi tadi bonda tercinta telah selamat menjalani pembedahan mata kerana mengalami masalah katarak. So..pagi2 buta lagi saya telah memandu dengan had laju 120 km perjam untuk sampai ke Hospital Putrajaya. Hahaha..laju tak? Bolehlah kan...sebab naik Myvi,..takdelah terasa bergoyang2 cam bawak viva. Bonda telah masuk ke bilik bedah dalam pukul 10.20 dan kerana ada sedikit masalah..operation selesai dalam pukul 12 tengahari . Kebiasaannya untuk operation mata seperti ini hanya mengambil masa dalam 40 minit saja. Untuk sampai ke tarikh hari ini..macam2 dugaan yang saya tempuhi. Bayangkan bonda saya tidak pernah mengidap penyakit darah tinggi,,tetiba ada darah tinggi..kes di post pone..lepas blood pressure ok..white blood cell (WBC) pulak rendah..tangguh lagi..sehinggalah dapat tarikh hari ini 17 julai 2013.

Yang ke-3, mak mertua, bapa mertua dan adik ipar saya yang pergi memunaikan umrah telah selamat tiba di KLIA pada pukul 1 tengahari tadi. So..rumah riuh rendah dengan suara anak2 dan anak buah berkejar dan bermain sesama mereka. Waktu berbuka jadi seronok kerana adik2 ipar yang stay kat Shah Alam datang berbuka disini.

Yang ke-4 ialah perkara yang paling besar yang terjadi di dalam hidup saya, Sebetulnya saya sendiri tidak menyangka yang saya akan menjadi surirumahtangga sepenuh masa pada umur sekarang. Guest what? Korang2 semua..saya dengan ini mengumumkan bahawa saya telah resign dari bekerja dengan gomen bermula hari ini juga. Tak makan gaji lagi dah. Tak payah nak kena leter teruk2 oleh sister, tak payah nak bermasam-masam muka dengan kawan sekerja dan yang paling penting takperlu nak simpan rasa tak puashati terhadap orang lain.  Mungkin ada yang menganggap keputusan saya ini tidak bijak atau tidak rasional dikala pekerjaan sukar diperolehi. Tetapi..saya ada sebab2 peribadi sendiri. Bagi saya rezeki saya untuk berbakti pada masyarakat mungkin setakat itu saja dan mungkin Allah S.W.T ada sesuatu yang lebih baik untuk saya di masa depan. Yang lebih untuk saya mengumpul pahala untuk saham akhirat pula. Mana kita tahu! Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita semua. Sebab itulah semuanya berlaku pada waktu dan tarikh yang sama. Subhanallah!


11 Julai 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak

post signatureSalam ramadhan buat semua! Kejap jer dah masuk hari ke-2 kita umat islam  berpuasa. Saya pasti ada ibu2 yang bekerja sempat menyajikan makanan untuk orang2 tersayang di ramah dan ada pula yang hanya sempat membeli di 'PARAM' sahaja.  Bukan malas atau yang sewaktu dengannya tetapi....keadaan yang tidak berapa mengizinkan....barangkali.

Semasa berbuka mahupun bersahur, jagalah pemakanan. Bagi pesakit kencing manis, elakkan mengambil minuman jus atau kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula dan tinggi karbohidrat dan bagi pesakit darah tinggi pula, cukupkan rehat korang. Kalau boleh selepas sahur tu atau selepas solat subuh, lelapkan mata barang setengah jam untuk mengelakkan korang dari masalah tidak cukup tidur yang mana boleh juga meningkatkan tekanan darah selain dari pengambilan makanan yang mengandungi garam yang tinggi.
                                 
Selamat menjaga kesihatan diri!

08 Julai 2013

Tips untuk pesakit gout

post signature   Untuk kali ini saya ingin mengubah sedikit tajuk supaya pembaca-pembaca tersayang yang sudi singgah dapat mencegah penyakit-penyakit zaman millenium yang begitu menakutkan.  Bagi mereka yang sudah ada penyakit tu..bolehlah control secara perlahan-lahan walaupun tidak secara mendadak. Haha..berapa banyak 'yang' daaaa....
  Saya pasti korang dah biasa dengar tentang penyakit Gout. Gout adalah keadaan ketidaknormalan metabolisma purin. Purin merupakan bahan di dalam makanan yang menjadi pembentuk kepada asid urik. Ia merupakan sebatian nitrogen dimana pemecahannya di dalam badan akan menghasilkan asid urik. Biasanya asid urik akan dikeluarkan dari tubuh bersama air kencing. Tetapi bagi pesakit gout ianya dilarutkan di sendi-sendi terutamanya di bahagian kaki.  Penyakit ini memang menyiksakan.   Berdenyut-denyut dan mencucuk-cucuk. Ada sesetengah tu boleh meraung-raung kesakitan. Hilang segala perasaan malu.


 Oklah korang, disini saya sertakan sedikit panduan pemakanan Diet Rendah Purin.


a- Elakkan makanan yang mengandungi tinggi purin
   1. Organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, peparu, buah pinggang, otak dan sebagainya.
   2. Ikan bilis dan ikan sardin di dalam tin.
   3. Pati daging (meat extract).
   4. Kekacang seperti dhal, kacang pin, kacang soya dan hasilnya seperti tauhu, tempe, tauhoo 
       dan air kacang soya.
   5. Sayuran seperti bayam, cauliflower, cendawan, asparagus dan kentang.
   6. Bijirin mil seperti roti whole meal, semua jenama  serta tepung attar.
   7. Minuman seperti teh, kopi, coklat dan koko.

b- Makanan  yang perlu diambil dalam amaun yang kecil
   1. Daging selain disebut di atas
   2. Ayam
   3. Ikan dan makanan laut seperti udang, ketam dan kerang.

c- Makanan yang boleh dimakan
  1- Sayur-sayuran selain diatas
  2- Susu dan hasilnya
  3- Telur
  4- Buah-buahan
  5- Mentega dan lain-lain lemak, manisan serta gula.

  Pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan digalakkan untuk menurunkan berat badan. Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kuranglah pengambilan alkohol kerana ia menggalakkan peningkatan asid urik di dalam darah.
  Berbanyak terima kasih kepada Unit Perkhidmatan Makanan Hospital Kajang di atas panduan yang berguna ini. Ikut yer korang panduan yang berguna niiii....Mencegah lebih baik dari mengubat!