31 January 2011

Puding Gula Hangus Bakar

Assalamualaikummm!!!
Suka tak puding gula hangus atau karamel ini? Nak makannnn..tapi harganya mahal kan? Kalau tak silap saya kat pasar malam dijual dlm rm 2.50 sepotong.  Ermm..apa kata kita buat sendiri jer karamel ni! Jommm!! Saya cuba tunjukkan cara membuat puding gula hangus ini step by step..okay!

Bahan-bahan
8 biji telur (sebenarnya jumlah telur yg nak dimasukkan terpulang kpd anda. (Boleh guna 4,5,6, atau 7 biji telur) Jika telur yg digunakan sdkt..maka karamel yg terhasilpun akan kecil.
1 tin susu pekat manis (tak kisah tin kecil atau tin besar)
2 sb tepung jagung yg telah dibancuh dgn 1 tin air (pastikan anda menggunakan tin susu pekat manis diatas utk menyukat air ni)
1 sk esen vanilla
1/2 st garam

Cara-cara
Masukkan 1 cawan gula tadi kedalam loyang yg ingin digunakan menggunakan api perlahan. Kacau selalu spy tidak berketul.

Bila gula sudah menjadi seperti diatas maka ketepikan. 


Masukkan semua telur. kacau sebati.

kemudian..masukkan susu , air yg dicampur tepung jagung tadi, esen vanilla dan garam. kacau lagi.

Ok..kita berhenti sekejap utk tengok gula hangus kita dah keras ke belum. baiklah..jika gula hangus tu dah keras mcm ni..maknanya kita boleh teruskan dgn step yg seterusnya.

masukkan adunan tadi kedalam loyang yg mengandungi gula hangus tersebut. Slow2 yer..nanti tumpah! 

Biasanya karamel dikukus. kali ni ..saya nak mengajak anda membakar puding ni!  Nampak tak talam yg saya letak loyang tu! Isikan 4 gelas air kedalamnya..panaskan 10 min seblom loyang diletakkan. Bakar adunan dgn suhu 200 slm 50 minit.

Memula masak karamel  akan nampak tak cantik mcm ni. Jangan risau..biarkan dlm 3o minit lagi diluar and then baru diletakkan di dlm peti. 


So..inilah hasilnya..

Info : jika anda ingin kukus..boleh kukus slm 45 min dgn api yg perlahan.

30 January 2011

Susah Ke Senang Nak Dapat Makanan Kat Moscow?

Assalamualaikum everyone! Seblom ni ada orang tanya saya tentang mudah atau payah nak dapatkan makanan kat Moscow ni.! Saya kira beliau mungkin nak tanya ada ke tidak mknn yg sama seperti kita makan kat mesia? Betul tak? So untuk soalan itu..saya jawab kat bawah ni ya..:)


Meehon ke? Saya pun ingat camtu hinggakan siap promote kat member kat sini ttg lokasi meehon ni. Punyalah excited kan! Dan nampak tanda halal tersebut? So..bolehlah ambik...(^____^) 

Ni bagi dia posing elok2 supaya anda semua nampak jelas. Nampak sebijik cam bungkusan meehon kan? masak punya masak..rupa-rupanya suhun. Patutlah lambat lembut cam meehon. Sesaper yg suka buat masak lodeh atau lontong bolehlah cari kat Ashan Gagariskin..terletak di rak yg sama dgn rak sos tomato..tapi di bahagian paling hujung. Harganya dlm rm 8 sebungkus.


Pisang..saya tak tahu jenisnya..tapi bila buat pengat atau goreng..rasa cam pisang lemak manis. Harganya byk ni dlm rm 4. 


Ikan sungai? betul! tapi saya jugak tak tahu apa jenis ikan ni. Untuk makluman..kebanyakan ikan kat sini adalah ikan sungai spt kelah, siakap, sibas..tetapi of course dikenali dgn nama lagi unik yg kita tak pernah dengar seblom ni! harga seekor besar tu dlm rm 4.20. Ikut kg...


Kelapa dan santan pekatpun ada. Harga santan pekat ni kalau tak silap rm 9 setin.........dan kelapa kena timbang. Purata harga dlm sebiji rm3-rm4.


 
Mungkin ada yg tanya besar mana sebijik? Ni ha! sebesar tapak tgn saya yg cinonet ini saja... 


Kulit popiapun ada? Ada jgn tak tahu..so..kitorg bleh mkn cam kat pasar mlm gak..cuba kena tambah sos ciptaan sendiri lak..sbb kalau guna sos cili..mmg tak bes utk cicah kan? harga dlm sebungkus kalau tak silap saya dlm belas2 ringgit atau dlm rm 20 somtin sebungkus. 

Last but not least..
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Ikan masin..atau kat kelantan dikenali dgn nama ikan kering. Jgn main2..org Rusia pun makan tau! haha..enjoyed it ..

29 January 2011

Venice,Italy (Part 1)

Venice merupakan sebuah bandar di utara Italy. Ia dikenali dgn banyak nama termasuklah Bandar Raya Air dan Bandar Raya Jambatan2. Venice terdiri dari 117 Pulau2 kecil yg dipisahkan oleh 150 buah terusan yg kecil2. Bangunan2 di Venice juga adalah sangat tua dan menarik. Antara kawasan2 tarikan utama pelancong yang terkenal ialah Rialto-Bridge, Saint Mark Basilica dan Doge's Palace.
Pada zaman pertengahan dan pembaharuan, Republik Venice mempunyai Kuasa maritim yg utama dan merupakan medan Perang Salib. Republik ini kehilangan kemerdekaannya apabila ditawan oleh Napoleon Bonaparte pd thn 1797.

Terkejut!
Ingat-ingatkan sampai epot..terus jumpa Venice..punyalah jakunnya.saya ni..ok..tengok baik2 signboard tu..yg menunjukkan arah utk kita beli tiket ke Venice. Kena naik teksi beb! Teksi bukan sebarang  teksi..teksi air plak tu! Sambil tu saya dok membayangkan..camana la gamaknya rupanya teksi air ni.!!

Memula tengok tak berapa paham sangat..dua tiga kali tengok baru faham...ini adalah jadual perjalanan bot yg akan dinaiki sebentar lagi dan stesen2 bot tersebut berhenti (cam pengkalan lebih kurang).

Inilah rupanya water taxi yg dimaksudkan.-- Bot!--buat suspen orang jerrr!!  Perjalanan kami ke venice memakan masa lebih kurang 45 min. Stesen kami merupakan hentian terakhir utk mlm itu selepas berhenti di 2 stesen sebelumnya untuk menurunkan penumpang lain.  

Memula tengok lorong ni..rasa takut yg amat. Dgn bentuk bangunan yg tak pernah saya bayangkan dlm kepala saya  tempat ini adalah Venice yang sering diceritakan itu!  Saya ingatkan venice mempunya bangunan yg cantik2..gah, dan moden yg amat..tetapi tuan2 dan puan2..inilah Venice. Bangunannya mmg sempoi habis..namun segala macam kedai mak nenek yg mahal2 semuanya ada kat sini..!! Bolehkah anda membayangkannya!!!! Untuk melihat Venice seterusnya..ikutilah sambungannya dlm PART 2 dan Part 3 nanti...


28 January 2011

Ikan Dorado Masak Taucu

Biasanya anda dihidangkan dgn gambar2 percutian..so kali ini saya nak mengajak anda yang sudi untuk masuk dapur bersama saya dan melihat ikan yg pandai cakap Rusia ni jadi mangsa kita..hehe..gurau jer! mana ada ikan pandai cakap kan kecuali ikan kaloi!..


Bahan-bahan yang saya gunakan yang kat atas

4 batang putik jagung
1 biji bwg besar-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
1 biji cili merah (kaler boleh sendiri samada hijau atau merah)
1/2 inci halia-dihiris


Lagi bahan-bahannya..(saja suruh nampak byk bhn..padahal sikit jerpun)

1 sb sos ikan (botol tu hanya pelakon..jgn boh semua)
1 sb sos tiram
3 sb taucu (nak bancuh ngan air terus pun boleh..nak masuk taucu dulu..dan air kemudianpun boleh)
jgn lupa..diperkenalkan Ikan DOrado kita utk hari ini ( 5 potong yg tlh digoreng dgn sdkt garam dan kunyit)


memula kita masukkan minyak dalam 4 sb. Lepas tu goreng bhn2 yg telah dihiris sampai layu.


Kemudian..masukkan taucu, sos tiram, sos ikan ..kacau sebati. bagi taucu tu masak sikit.


Langkah tang seterusnya tuan2 dan puan2..ewah!2 cam chef nak buat demo plak..kita masukkan putik jagung tadi.


dan masukkan 1/2 cawan air biasa (jika anda nak kuah banyak..boleh tambah sdkt air lagi)


Matikan api..sesuaikan rasa (jgn tambah garam lagi..takut masin). Masukkan cili merah yg dipotong tadi. Masukkan bahan ini keatas ikan Dorado yg tlh siap digoreng tadi.


Done! Inilah hasinya..kalau nak nampak cantik..taburlah dgn daun bawang skit cam saya buat tu...ok tak?


27 January 2011

Rome, Italy

Apa khabar?
 Ok..hari ni saya nak mengajak anda semua ke Rome ibu negara Italy dan Vatican City yang merupakan negara terkecil di dunia.

Beberapa minit seblom mendarat di lapangan Terbang Leonardo Da Vinci Rome. Kami sampai disana lebih kurang pukul 12 tghr.

Donat ni saya panggil donat gergasi sbb besar sangat. Satu lebih kurang rm 12. Boleh dijumpai sekitar area Christmas Market.

Belon! meriah! harga jugak meriah..1 belon rm 20 henggit.

Jika datang ke Rome jangan lupa datang ke sini sbb anda boleh melihat mcm 2benda. Nampak tak patung yg berbaju putih kat atas tu. Memula kami ingatkan patung! Orang rupanya! Boleh pulak dia buat kaku sekaku-kakunya..kalau mata tak berkelip..mati2 kami juga ingat patung!

Sempat singgah di Embassy Of Rome untuk seketika sebelum bergerak ke Vatican City dan The Colleseum.

Encik asben sempat berposing di vatican City dgn kamera murah saya..Say cheese!!!!



Adam & Dania sempat posing infront of The Colleseum.

Jika anda sampai di Rome..anda akan menjumpai dua tiga buah kolam lagi dgn 'make-up' yg berbeza. Ada pengunjung mengambil peluang untuk membuat 'wish'  sambil melemparkan duit syiling kedalamnya. So... jangan heran kalau terdapat duit syiling didalam kolam2 tersebut.

Kami hanya menghabiskan masa sehari saja di Rome sebelum bertolak ke venice di sebelah malamnya. Inilah gaya mak dan 3 anak berposing..!!!




26 January 2011

Special Giveaway From Moscow!

Ehem..ehem..ekceli dah lama saya berhasrat utk membuat giveaway ni tapi tidak berapa tahu sgt caranya. Thanks a lots kepada Encik asben yang membantu dan ellang serta lorna


Ok tak nak bercoleteh panjang...cuma nak bagitau kpd sesiapa yg ingin menyertai giveaway. Untuk makluman juga syarat no.5 telah diubahsuai sikit atas sebab2 tertentu..so kepada anda yg terawal menyertai GA ini..sila take note ya! Dan saya dgn rendah dirinya meminta maaf diatas perkara ini.


Syarat-syaratnya
  1. Peserta mesti mempunyai blog (kalau tidak camana nak tag member   kan?)
  2. Anda dijemput menjadi follower http://norakhtar.blogspot.com (tiada paksaan)
  3. Post satu entry ttg giveaway ini di dlm blog anda "Special Giveaway from Moscow" dan link kpd blog ini ( copy syarat penyertaan dr  no-1 hingga seterusnya)..dan kalau rajin letak enty berkaitan di sidebar blog anda..kalau tak rajin..tak payah..tak nak paksa..:) 
  4. Tag 5 orang rakan blog anda(nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag. 
  5. Tinggalkan komen ikhlas anda tentang (1) kebaikan  giveaway dan (1) keburukan giveaway di bahagian komen kat bawah ini beserta URL blog anda supaya senang saya contact. 
  6. Giveaway ini bermula petang ini hingga 28 Feb 2011
Pesanan Penaja..cewahhhh!!!
  • Jika anda rasa giveaway ini membebankan..atau membuang masa anda..takyah susah2 nak join.. Semua ini hanya untuk suka2 sahaja 
  • Cara penghantaran hadiah akan dibincangkan selepas pemenang dapat ditemui.  
  • 5 peserta akan menerima 2 hadiah dari saya.
  • Pertukaran hadiah diantara pemenang boleh dilakukan suka sama suka. 
Seblom itu saya nak tag 


1.  orangmou
2.  lorna
4.  Irfan
5.  abgteror
6.  scarlettjl
7.  terompah
8.  blueriders


Have fun semua!!! 


Hadiah yg tidak seberapa dari saya

1 )T-SHIRT HARD ROCK CAFE MOSCOW- Akan dibeli selepas mengetahui saiz baju yg dipakai oleh rakan yang bertuah.


2 ) Baju kanak-kanak yg bewarna putih + baju t-shirt berlengan panjang dgn tulisan "kiss me" kat depan. Tanda harga pun masih melekat lagi.

3 ) Mintak maaf..baju kanak2 lagi + baju t-shirt untuk wanita bersaiz L.  

4 ) pakaian untuk kanak2 + tudung kaler hijau yang saya beli di Belgium. 


5 ) T-shirt wanita bersaiz L +  baby bip yg cute. Untuk Adibpun saya beli satu sbb berkenan.


Untuk lelaki2..saya mintak maaf sbb tak pandai nak pilih barangan untuk lelaki. Jika anda terpilih antara 5 yg bertuah..bolehlah diberi kepada sesiapa yg dekat dihati. Tataaaa...

25 January 2011

Letupan di Airport Domodedovo

Rasanya mesti family2 kami kat Mesia bimbang bila mendengar berita ini di TV. Tak sangka pulak berita ni cepat sampai kenegara kita. 

Untuk family di kampung..jangan risau kami semua selamat.. InsyaAllah. 

24 January 2011

Athens, Greece ( Part 3)

Sebetulnya hari ke-3 di sini adalah merupakan hari terakhir. So kita layan gambar kami semasa kat epot aje. Siapa kata semua urusan kat epot berjalan lancar..inilah buktinya!

Muka baru bangun tido. Kena paksa dok dlm stroller...:)


Nampak tak minah kat kaunter tu. Muka dia senijik pelakon Aznah Hamid. Dorang tgh bincang sbb kapal terbang delay utk kali ke- 2. Asalnya flight kamidari sini berlepas pukul 7.30am ditunda kpd pukul 10 pagi ke Rome, Italy.

Disebabkan delay..so kami dpt kupon dr syarikat penerbangan dan dpt breakfast percuma utk 5 org di Everest Kios kat epot. Breakfast ngan fresh orange dan epal pai.

Epot Athens yg membuatkan kami penat menunggu.. 

Kejap2 mata dok tengok jadual penerbangan..kot2 delay lagi.

Pramugari sdg bercakap di luar sambil mengintai flight. Al-maklumlah..waktu dah pukul 10 tapi bayang flight tak nampak2 lagi..tak kalut kita dibuatnya!

Finally..snap citer katun yg budak 2 tgh layan..Selamat Tinggal Athens!