28 February 2010

Measles kah?

Lepas satu..satu lagi dugaan yang datang. Kali ni badan Adib naik bintik2 merah. Bukan keseluruhan badan tetapi dimuka dan dibahagian abdomen depan sahaja.Aku siap sapukan Calamine Lotion yang aku bawa dari mesia untuk mengurangkan kegatalan di badan. Aku tak dapat mengikuti sambutan majlis Maulidurrasul yang dianjurkan oleh tempat kerja papanya. Takut orang lain dijangkiti sama. Sehari sebelum tu..aku dah mintak papanya belikan kelapa sebab nak bagi Adib minum air kelapa. Walaupun kelapa tua takpelah janji ada air..

Petang tu aku bagi Adib minum air kelapa kerana ruam2 merah sudah naik ke kepala. Hari ni..hari ke-4..semua merah2 dibadan hilang. Aku jadi ragu2..measles atau hanya alergic pada susu Nestle yang aku campurkan dalam makanannya tempohari. Entahlah..

Tapi..Adib pun terkena tempias batuk Adam dan Dania. Kesian dia...tidurnya nyenyak tetapi kadangkala diselang seli dengan bunyi batuk. Nasib baik kali ni dia maintain..cool...tak banyak ragam..

27 February 2010

Kemaruk

Anak-anakku suka bukan main bila dapat buah tgn dari malaysia yang dah lama mereka idamkan. Melompat sakan. Hilang rindu mereka pada 'jajan' dari negara sendiri. Kalau kat sini nak makan itu ini kena belek-belek dulu. Tengok kod E..jika ada kod E yang sekian-sekian dan boleh dimakan..barulah diisi kedalam troli. Kalau tak..telan air liur sajalah. Walhal roti hotdog pun ada kod E yang tidak boleh dimakan. Tu yang kena rajin merujuk dan membuka internet. Papanya siap membawa senarai kod E yang tidak boleh dimakan dgn saiz yg sebesar tapak tgn saja kertasnya setiap kali kami shopping. Senang dibawa. Sumbat kedlm wallet sahaja.

Terima kasih juga kepada mama Nurul yang aku tidak kenali orangnya tetapi kami dapat rasa hasil masakannya yang sangat yummy. InsyaAllah..jika diberi kesempatan oleh-Nya kita akan bertemu jua. Juga kepada Nurul aka Kelly yang membelikan buku untuk Adam. Susah payah kalian mencarinya akan kami ingat selalu.

26 February 2010

Salam Maulidur Rasul

Tahniah buat penerima-penerima anugerah sempena Sambutan Maulidur Rasul 26 Feb bersamaan 12 Rabiulawal 1431 H kali ini. Bagi aku...anugerah yang tak terhingga jika adalah diberi kesabaran dan kemahiran untuk mendidik anak-anak dengan cemerlang dari segi akademik dan akhlaknya. Mampukah? InsyaAllah...

Sempena hari yang mulia ini ...aku cuba memperbaiki diri...peribadi dan sebagainya. Mana mungkin kita manusia biasa ini hidup sempurna...mana ada? Tanpa kita sedari..lidah kita sering saja menyakiti hati insan lain bahkan insan yang paling dekat dalam hidup kita juga. Elokkah begitu? Terang-terang, sah dan nyata..dosa hukumnya. Walau apapun niat kita Allah jua yang maha Mengetahui apa yang tersirat dihati kita. Peluang untuk berubah kearah kebaikan sentiasa ada...cuma aku harus pandai mencari ruang dan peluang yang diberikan itu dengan bijak. Aku juga perlu berusaha merebut peluang itu.

Aku tahu masih banyak bekalan yang perlu aku himpun dan kumpul untuk dibawa kesana. Ke alam yang aku tidak tahu bagaimana kesudahannya. Baikkah? Burukkah? Entah esok..entah lusa..kita akan dijemput oleh utusannya. Takutnya hati ini bila memikirkan bekalan yang ada entahkan cukup..entahkan tidak...

Aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik...kepada keluarga, suami dan anak-anak. Teman2? Carilah seramai mungkin dan pilihlah yang terbaik untuk menjadi yang terbaik juga.

25 February 2010

Aktif atau hyperaktif

Aku pening dengan sikap Adam. Tidak tahu kenapa Adam menjadi begitu aktif...banyak benda yang membuatkan aku terfikir semunya yang terjadi adalah disebabkan oleh aku. Aku yang lebih banyak berada bersamanya dirumah. Aku selalu marah jika dia membuat benda2 yang salah..dan selalu juga meninggikan suara. Kesannya..dia menjadi cepat merajuk dan suka apabila dipujuk. Kadangkala dia suka membebel sepertimana aku marahkan dia. Setiap apa yg aku lakukan..dia akan amati rupanya. Macamana aku marahkan Dania..begitulah jua dia akan marahkan Dania. Jika aku berlembut..dia takkan mendengar kata. Kena aku bertukar watak jadi mak tiri barulah dia bergerak dan mengikut kata.

Aku rasa malu dengan jiran-jiran disebabkan perangainya. Aktifnya yang amat. Aku tidak tahu samaada kami sudah menjadi bahan umpatan atau bualan disebabkan Adam yang begitu. Aku tidak kisah jika ada orang marahkan anakku jika kelakuannya yang tidak betul. Lagi aku suka jika ada orang yang menegurnya disaat dia membuat kesalahan. Sekurang-kurangnya dia tahu ada orang tidak suka dengan apa yang dia lakukan.

Aku perhatikan setiap kelakuan Adam. Ada yang negatif dan ada yang positif. Kalau kat luar tidak ada yang positif . Cuma dirumah sikap positifnya boleh dilihat. Dia tidak boleh boleh duduk diam jika pergi kemana-mana majlis. Selalu berlari-lari dan tidak boleh duduk diam walau sekejap padahal sudah acapkali diberitahu sebelum keluar rumah supaya berkelakuan begini dan begini. Ianya bukan main. Tapi bila tiba ditempat yang dituju dan berjumpa pula dgn geng yang sekepala..mulalah dia lupa pada janji2. Itulah tabiat semulajadi budak2. Tapi..ianya kadangkala menyebabkan meter kesabaranku menjadi tinggi. Kepala berdenyut2. Dia boleh berhenti jika dia berjumpa dengan benda yang dia minat seperti games PS2.

Tapi diwaktu lain..ada juga sikap positifnya. Jika balik dari sekolah..dia dengan gembiranya akan cuba menyelesaikan homework yang diberi oleh teacher secepat yang mungkin. Dia juga berjaya menyelesaikan siri Grolier yang aku bagi dengan tepat. Boleh menjaga Adib dengan baik dan sedaya upaya memujuk Adib agar tidak menagis jika aku tinggalkan. Kalau mengaji muqaddam..alih hari ni mukasurat lain..esok sudah boleh alih surah lain. Hatinya terang.

Cuma yang aku tak tahan..jika dia sudah mengadap kartun atau games selepas balik sekolah, susahnya nak berhenti bukan main. Jika aku ambik remote..mulalah dia menangis sungguh2. Mcm berlakon pulak gayanya..dengan airmata berjura-jurai. Geram aku dibuatnya. Itu pasal..jika dia dan Dania balik sekolah..aku siap2 menyuruh dorang menyalin baju kat atas...mandi siap2 dan siapkan homework jika ada. TV dah aku tutup awal2. aku pastikan pukul 7 pm atau 8pm..kena baca Quran. Pukul 8.30-9.00 pm..mereka akan tido. Kalau aku biarkan..sampai pukul 12 Mn pun Adam takkan tido. Asyik tengok kartun atau main games.

Aku perlukan kesabaran yang banyak untuk mengawal emosi. Aku akui aku tidak ada skill itu.
Aku selalu berdoa kepada yang Esa supaya aku diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak2 dan mampu menjadi ibu mithali. Aku kagum dengan orang yang mampu mendidik dan membentuk anak2 mereka dengan peribadi yang baik. Bagaimana boleh aku contohi mereka?
Aku tidak tahu adakah anakku ini aktif atau sudah sampai ketahap hyperaktif?

23 February 2010

suppositori pcm

Pagi ni demam Adib semakin tinggi. Jam 4.30 pagi tadi suhu badannya mencecah 39.5 darjah C. Aku bergegas membuka peti ais. Nasib baik terlintas difikiran aku dulu nak bawa Suppositori paracetamol (PCM) ni bersama. Takut kes-kes yang tidak dijangka seperti ini terjadi. Sediakan payung sebelum hujan sebab kat sini tak tahu nak cakap macamana nakcakap dan nak cari ubat supp.pcm ni.

Papanya membantu aku dalam proses memasukkan suppositori ini. Kalau nak buat sorang2...jenuh kena kepit Adib. Aku mengambil glove didalam stor dan menyapu sedikit gel dihujung jari sebelum memasukkan kedalam punggung Adib. Kalau tak tentu Adib tak selesa. Papanya memegang erat2..bimbang Adib meronta. Bagi aku..supp..ni bagus sebeb kesannya lebih cepat. Jika suhu kurang dari 39 darjah tadi..aku hanya memberinya syrup PCM sahaja. Bila dah tinggi macam ni takut fit pulak. Bahaya pada otak kalau baby kena sawan.

Sepanjang hari ni jugak aku tak boleh nak buat kerja apa. Dia asyik meragam. Tinggalkan dgn Adam dan Dania pun dia dah taknak. Menangis.. aku macam terdengar perkataan "ma" keluar dari mulut Adib. Mimpikah atau realiti? he..he..takkanlah..umur tak sampai 1 tahun lagi...

22 February 2010

Demam

Pagi ni aku rasa badan Adib panas semacam. Nasi baik ada termometer digital tu. Memang betul bacaan temperature 37.6 darjah C. Tadi dia macam meragam sikit. Nak aku pegang aje. Tidurnya pun sekejap saja kira-kira setengah jam aje pagi ni. Demam nak tumbuh gigi lani. Dah nampak putih 2 batang gigi susu yang akan tumbuh tu kat bahagian bawah. Bila aku rasa dengan jari..dah terasa kerasnya. Patutlah nak menggigit saja dia sekarang ni. Akulah yang menjadi mangsa. Harap-harap demamnya ini tidak berpanjangan.

Kalau dia sihat...dia tidak banyak ragam. Aku letakkan dalam walker aje. Pastu Dania dan Adam akan menengoknya bilamasa aku membuat kerja. Bila Dania dan Adam cuti sekolah ni..lega sikit rasanya. Mereka boleh diharap untuk melayan Adib.

21 February 2010

Gigi susu

"Eiii!!!! takde gigi...!!!"

Adam dan Dania dok gelak sakan bila tengok diri memasing didalam cermin. Adam dah dicabut 2 batang gigi susu bawah...manakala Dania pulak dh kosong 2 batang gigi susu kat atas. Sekali tengok macam aku ni tak menjaga gigi anak2 plak. Apa taknya...gigi dah takde.. Padahal gigi susu yang tercabut tu...cantik lagi strukturnya. Takde rosak langsung..daripada diorang dok menahan sakit...baiklah cabut terus. Papanya jadi doktor gigi tak bertauliah. Mencabut gigi anak2 menggunakan benang. Lagi satu faktor yang membuatkan kami nak mencabut gigi mereka berdua ialah untuk mengelakkan dorang dari taknak menggosok gigi. Bila dah dicabut..takde alasan lagi untuk mengelak.

16 February 2010

Back to normal

Alhamdulillah! Lega rasanya. Tabiat tidur Adib kembali seperti sediakala. Kata jiranku Puan Azah, budak2 akan berubah sikap dan tabiat setiap kali umurnya makin meningkat atau bertambah bulannya. Ye ke? tak pernah aku menelitinya sebelum ini. Tapi bila diberitahu begitu..aku mula memerhati. Disebabkan Adib lahir 4/7 maka...kata Puan Azah setiap 4 hb setiap bulan akan ada benda baru yg berlaku...bila difikir-fikir balik ada betulnya. Bulan lepas nak genap umur 6 bulan dia cirit-birit selama 2 hari. Bulan ni pulak begini. Bulan depan...apa pula yang akan terjadi?

Semasa aku sedang ralit mengadap komputer ni..Adib masih lagi menyambung tidurnya. Kerja-kerja rumah sudah aku siapkan. Kain baju sudah aku gosok dan menyimpannya elok2 didalam almari. Hmmm...masa untuk berehat sementara dia belum jaga.....!!!! Kejap lagi dia akan bangun apabila sampai waktu makannya 12.30 noon...so apalagi...dapatlah aku regang-regangkan sikit urat yang bersimpul.

11 February 2010

Mungkinkah

Sedang aku berehat...aku sempat juga berfikir tentang kejadian yang menimpa diriku tempohari. Berbagai persoalan yang berputar di fikiran aku. Benda yang tak payah fikir..itulah yang hendak aku fikirkan. Aku create macam-macam soalan kenapa aku jatuh...adakah kerana tidak cukup rehat..atau adakah kerana tidak cukup tidur dan menyebabkan tekanan darahku menjunam jatuh....atau mungkin juga Adib akan mendapat adik?

Hah! soalan terakhir tu yang payah sikit nak aku menjawabnya. Adib masih kecil..tapi jika Allah dah bagi rezeki..aku dan papanya menerima dengan tangan terbuka . Andaikata ianya betul..aku merancang untuk balik bersalin di negara sendiri pulak. Cewah! macam betul2 jer aku ni...aku tak buat UPT pun..biarlah...kalau mabuk2 tu..yerlah aku mengandung. Tapi..kalau riang-ria cam kanak2 ribena lagi ni..maknanya takde apa-apalah tu.

Biarlah masa yang menentukannya . Tengoklah perutku buncit atau tidak selepas ini... tapi kalau ditanya..senang jer aku menjawabnya..dah ada suami, tentulah akan buncit..cuma antara cepat dan lambat sahaja. Akan tercapaikah cita2 kami untuk mendapat 5 orang cahaya mata seblom umur 37 thn? Lepas tu buat apa? Apa lagi..tutup kedailah......

09 February 2010

Pitam

Aku pitam lagi untuk ke-2 kalinya. Seperti sebelumnya di shopping komplek juga. Yang bezanya ialah tempat berlaku yg berlainan. Kejadian pertama berlaku di Alamanda, Putrajaya. Time tu aku tengah shopping jugak...kat carrefour..membeli barang2 keperluan untuk majlis rumah terbuka dirumahku di Presint 11 putrajaya. Maklumlah..lepas raya..orang buat open house..kitapun buat open house dengan melupakan sekejap situasi aku yang sedang sarat mengandungkan Adam. Padahal lagi dua tiga minggu jer lagi aku dijangka bersalin. Sebenarnya aku ni jenis yang tak suka duduk diam.

Masih aku ingat lagi kejadian yang pertama dulu. Balik dari kerja terus mengajak papanya ke Alamanda. Nak buat open housenya hari minggu..takde rasa pening atau mengantuk ke apa..semasa tengah dok nak cari brg...tetiba kepala rasa pusing....dan..tak tahu dah apa terjadi..
Sedar2..dah ramai orang dok keilling dengan security kat Carrefour tu siap dengan wheelchair. Aku ditolak kedlm bilik rehat kat sana sehingga betul2 stabil. Papanya membawa aku ke Hospital. Bacaan untuk tekanan darah, aku dah tak ingat dah berapa. Tak pasal2 aku ditahan kat wad selama beberapa hari just utk observation jika ada2 komplikasi pada baby yang dikandung. Aku dok sekejap jer kat hospital...kerana nak buat jugak open house..memandangkan kawan2 sudah diundang. Apalagi aku ambik AOR Discharged....iaitu keluar atas risiko sendiri.
Apa nak buat sudah berjanji.

Kali nipun mcm tu gak. Kami baru jer masuk dua tiga buah kedai. Keluar kedai yang ke-3 kalau tak silap..aku rasa cam tak boleh berdiri..berpusing...papanya minta aku duduk dulu buat sementara waktu selepas tu kami terus menuju escalator untuk naik atas ke tempat parking kereta. Aku berjalan sambil memeluk tangan papanya. Papanya menolak Adib. Aku tak tahu bilamasa aku melangkah naik escalator...aku rasa bdn aku tersepit...pastu bunyi Dania menangis...ingatkan mimpi..bila aku buka mata..aku lihat kepalaku dah menghala diatas tangga bawah...kaki diatas tangga keatas. Badan dah terbalik. Aku tak rasa apa2 kesakitanpun...rupa-rupanya aku dah colapse sekejap tadi..

Baby dah ditolak keatas oleh orang-orang sekeliling. Dania dan Adam juga begitu. Papanya memapah aku naik sampai keatas. Terasa payah lagi untuk membuka mata ..tetapi aku gagahkan juga bila terdengar suara papanya memanggil namaku bertalu-talu...dan bila aku ter ingatkan anak2.. Kira2 15 min kendian..aku dah rasa ok dah. kami bergerak ke kereta yang berada berhampiran. Nasib baik ada orang yang baik hati menolong menolak Adib ke kereta sementara papanya membantu aku untuk berjalan.

Aku rasa apa yang berlaku tu mungkin disebabkan tekanan darah rendah yang aku ada. Balik kerumah keesokannya aku check tekanan darah. Ambik nak...bacaannya hanyalah..90/40 jer..kalau org sakit dah lama doktor bagi supplement Hartman utk menaikkan tekanan darah. Kalau org sihat macam ni...nak bagi apa?

07 February 2010

Siang mengantuk, malam berjaga

Yut! yut! berdenyut kepalaku dua tiga hari ni apabila terpaksa menemani Adib. Pada siang harinya dia tido habis-habisan...manakala pada sebelah malamnya dia susah untuk tido. Adakala aku dan papanya terpaksa menongkat biji mata sampai pukul 3 pagi. Camana ni? Besok pagi terpaksa bangun awal untuk menguruskan anak2. Kepalaku mulalah pening.....akibat tidak cukup tido ni.

05 February 2010

Bagaikan jam loceng

Tepat pukul 7am setiap pagi dia akan terjaga...mengejutkan kami satu keluarga. Kekadang diiiringi dengan tangisan..kadangkala tanpa tangisan. Hanya suara berborak yang kedengaran. Itulah Adib. Bila makin besar ni..macam-macam perangai dipamerkan. Kadangkala time tu aku masih didapur menyiapkan sarapanka kadangkala masih dibuai mimpi. Jika hari-hari persekolahan..aku kira itu satu bonus sebab dah ada org yang kejutkan setiap pagi..tetapi jika hari minggu dia masih juga seperti itu...aduh!..terasa berat semacam jer mata ni. Geram jugak kan?

Memandangkan subuh masuk waktunya pukul 7 lebih.....habisnya dekat2 8 lebih...maka kadangkala aku turun kebawah menyediakan sarapan dulu barulah naik keatas balik untuk solat subuh. Adam dan Dania kadangkala sudah siap dipakaikan uniform sekolah oleh papanya. ringanlah sikit terasa tugas diwaktu pagi kerana papanya turut membantu...kalau tak.. mahunya aku terkejar-kejar jugak mengejar masa yang tidak pernah berhenti lelah itu.

Adib tidak akan menangis jika perutnya sudah kenyang. Biasanya aku atau papanya akan letakkan dia ditepi kakak dan abang-abangnya yang yang sedang bersiap utk kesekolah.
Pukul 9 am dia akan kembali tidur...kekadang lajak sampai pukul 12 tengahari. Time tulah..aku boleh menyiapkan berbagai kerja rumah yang tertangguh.

04 February 2010

sembur-sembur

Sebut pasal Adib..banyak telatahnya yang menggeletek hatiku..hobi terbarunya ialah menyemburkan air liurnya...bu..bu..bu..itulah xtvt..jika dizaman mak2 dulukala..mereka mengaitkannya dengan keguguran rambut..

Jika anak mula start menyemburkan air liur..mak2 harus berjaga2..bukan berjaga2 apa..he..he..berjaga-jagalah mengira berapa helai lagi rambut yang tinggal di atas kepala. Walaupun ia hanya retorik semata-mata tetapi kadangkala kita turut terpengaruh dan ianya terpaksa diiyakan juga kebenarannya.

Eh! dah pukul 2..aku janji nak bertandang kerumah Kak Lin pukul 2pm..oklah..aku stop dulu..tak baik melambatkan waktu. Kita sambung lagi nanti...

03 February 2010

Balanitis

Pada hari minggu Ahad lalu aku terkejut besar apabila Adam memberitahu yang 'anu'nya sakit ketika aku hendak memakaikannya seluar. Bila aku buka dan tengok..tu dia! bengkak dan kemerah-merahan dibahagian tengah. Ketika aku sentuh...Adam menjerit kesakitan. Kalau berada kat Malaysia aku tak risau sangat. Paling tangkas tindakan yang aku boleh ambil barangkali bawak ke hospital sajalah. Buat 'circumcision' atau bersunat. Selamat.

Tapi bila berada dalam situasi sekarang...macam-macam benda bermain dalam fikiranku. kalau bawak ke hospital pun..aku rasa doktor mungkin hanya bagi antibiotik sahaja. Aku tak tahu tentang 'law' disini. Aku pernah dengar cerita yang ada negara yg menghukum penjara orang yang buat 'circumcision' pada anak mereka (tapi, anak perempuan kalau tak silap).

So..hari tu Adam tak join Dania dan papanya bermain ice-skating bersama kawan-kawannya yang lain. Dia menemaniku sepanjang hari sambil mengadap games di PC ni. Sudahnya..malam tu aku pakaikan kain sarung ketika tido kerana dia masih dlm kesakitan. Hari isnin aku tak benarkan dia ke sekolah. Biarlah bengkaknya surut dulu.

Bila aku tahu bengkak Adam tu adalah 'Balanitis', maka berkuranganlah sikit bimbang di hati kerana aku tahu puncanya memang nyata. Apa taknya..bila kusoal macamana dia membasuh 'anu'nya selepas membuang air kecil...memang sah dan nyata...Infection...salah satu penyebabnya. Hari ni dia dah start bersekolah seperti biasa...Yay! Akupun happy sbb dia dah sihat dan aktif seperti sediakala... Alhamdulillah!

02 February 2010

Homemade mee kuning

Ekceli dah lama saya belajar buat mee kuning. Hari ni baru berkesempatan nak membuat sendiri sementara Adib lena kat atas . Sebetulnya saya nak merasmikan pasta maker yg dibeli kat Econsave sebelum datang sini tak berapa lama dulu. Buatpun hanya cukup2 makan jer..kalau buat lebih kang membazir pulak.



Dah buat mee kuning ni..saya 'ter' buat jugak kuetiew..tapi kuetiew yang dihasilkan agak tebal sedikit dan patah2...tapi rupa kuetiew tetap ada.. apalagi..bila dah sejuk tadi..saya masukkan dalam tupperware dan disimpan dulu dalam peti ais.


Bahan-bahannya

  • 2 cawan gandum
  • secubit kapur makan (dibancuh dengan sedikit air)
  • 50-70 ml air
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Masukkan gandum, garam dan telur kedalam mangkuk. Gaul biar menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yg tidak melekat ditgn.
  3. Kepal2 doh dan leperkan sebelum dimasukkan kedalam pasta maker
  4. Guna gigi no.6. Ulang hingga doh betul2 tidak koyak dan kental.
  5. Tukar mata ke no.2 atau 3.
  6. Masukkan adunan tadi.
  7. Mesin sampai habis..

p/s : pastikan doh yg terhasil sebelum di masukkan dlm pasta maker kental.
Jika lembut..sila tambahkan gandum. Doh yg lembut akan menyebabkan mee yg direbus akan melekat di antara satu sama lain.